Assalammualaikum dan salam sejahtera sahabat-sahabat Jana Wang IM,
Apa khabar? Diharapkan sahabat-sahabat Jana Wang IM sihat sentiasa hendaknya.
Saya ada satu soalan untuk sahabat-sahabat Jana Wang IM yang amat setia, bila sahabat-sahabat Jana Wang IM semua mendapat gaji, apa yang akan sahabat-sahabat buat mula-mula sekali?
Soalan ini, saya dah tanya pada kawan-kawan saya, semuanya menjawab akan bayar hutang terlebih dahulu dan saya sendiri pun wat camtu jugak:( huhu...my bad hah. Sebenarnya ia adalah konsep yang salah. Saya telah mendapat satu tips dari otai IM kita bagaimana menguruskan hal gaji dan hutang mengikut konsep yang betul.
Konsep yang betul adalah:
1. Menerima gaji
2. Mengasingkan untuk simpanan
3. Perbelanjaan diri sendiri/keluarga
4. Hutang
5. Owh camtu rupanya...ingat tu sahabat-sahabat Jana Wang IM (p/s: awak pun apa kurangnya..tau ingatkan sahabat-sahabat Jana Wang IM ja..diri sendiri lagi teruk?)
Inilah konsep yang betul yang harus sahabat-sahabat Jana Wang IM amalkan. Seperti pesanan Pak Kiai didalam buku Petunjuk Jalan Kekayaan oleh Dato Chef Li,
"Anda tidak akan kaya sekiranya tidak menyimpan. Simpanlah sebahagian pendapatan anda"
Alasan yang digunakan biasanya adalah,
"Macam mana nak menyimpan,gaji pun cukup-cukup makan, nak bayar itu ini"
Inilah kesilapan kita, menyimpan bila ada lebihan wang daripada gaji kita. Yang penting adalah caranya, bukan jumlahnya.
Jadi, semak kembali bagaimana pengurusan kewangan sahabat-sahabat Jana Wang IM sekalian. Adakah ianya betul atau sebaliknya?
Berilah 'upah' kepada diri anda sendiri dengan menyimpan sedikit wang daripada gaji sahabat-sahabat Jana Wang IM.(p/s: ilmu ekonomi form5 ni) Sebulan kita bekerja dengan penuh lelah, bila dapat gaji, ianya habis begitu sahaja. Berbaloikah penat lelah kita bekerja tadi?
Kawan saya mengatakan berbaloi kerana cara mereka menghargai duit gaji mereka adalah dengan menghabiskanya dengan alas an itulah cara menggantikan penat bekerja selama sebulan tadi. Adakah ini konsep yang betul sahabat-sahabat sekalian?
Saya rasa SALAH. Cuba lihat hujung bulan nanti, mereka ini akan kembali rungsing, serba tidak kena, makan pun terpaksa dicatu kerana sudah kehabisan wang.
Maka benarlah ungkapan ini:
"Orang kaya semakin kaya dan orang miskin semakin miskin"
Hujah saya senang, kerana orang kaya tahu mengurus wang mereka, sedangkan orang miskin tidak, mereka tahu mereka tidak berkemampuan tetapi mereka lemah dalam perancangan kewangan.
Inilah membezakan antara orang kaya dan miskin.
Best for u,
p/s: please leave your comment.
p/s: if u like this post, please help me by click my nuffnang ads.
p/s: if u dont see my nuff ads, please refresh and click. really appreciate.
** first my nuffnang ads on header.
** second my nuffnang ads between contents.
No comments:
Post a Comment