Sunday, October 11, 2009

Jauhi “Sistem Piramid”



Selamat pagi sahabat-sahabat Jana Wang IM,

Awal pagi ini saya hendak berkongsikan dengan sahabat-sahabat Jana Wang IM tentang sistem piramid mengikut konteks agama Islam. Kita tahu bahawa sistem piramid itu harus namun saya di Jana Wang IM tetap ingin berkongsi maklumat kepada sahabat-sahabat semua agar kita dapat menjahui sistem ini.

Sistem Piramid yang kita maksudkan ialah satu sistem di mana kumpulan orang di bawah membayar kepada orang-orang yang berada di peringkat atas. Setiap peserta baru membayar supaya berpeluang mara ke tahap paling atas dan mendapat keuntungan daripada bayaran orang lain yang menyertai skim itu kemudian. Penaja atau pemilik skim ini tidak mengambil berat tentang penjualan barang/produk, tetapi mengambil berat tentang keuntungan yang dikaut melalui wang yang diperolehi dari ahli-ahli baru. Di antara ciri-ciri Skim Piramid ini ialah;

1. Produk berkualiti rendah dengan harga mahal dan para pengedar baru perlu membelanjakan wang ke atas inventori barangan yang berlebihan.
2. Yuran keahlian yang tinggi serta komisyen kepada setiap peserta yang dapat menarik ahli baru.
3. Tiada hak pemulangan wang dan tiada kontrak bertulis di antara syarikat dan pengedar.
4. Tidak mengambil berat tentang jualan runcit dan penghasilan wang dengan mengembangkan jumlah keahlian di bawah para pengedar.
5. Kehadiran wajib pada sesi latihan yang mahal.
6. Dakwaan perolehan wang dan kejayaan besar yang sengaja direka-reka serta digembar-gemburkan.
(Amar Said, Persatuan Pengguna Pulau Pinang)

Apa yang jelas di dalam Sistem Piramid ini, yang menjadi fokus bukanlah penjualan barangan/produk, tetapi penaajaan ahli baru di mana keuntungan dikaut dari yuran keahlian yang tinggi bukan melalui kegiatan perniagaan. Bonus diberikan hasil dari kutipan dari orang-orang dibawah, bukan dari keuntungan barangan/produk yang dijual.

Melihat kepada konsep dan ciri-ciri di atas, jelas bahawa Sistem Piramid tersebut bertentangan dengan Syari’at Islam kerana terkandung di dalamnya unsur-unsur penipuan, pemerasan, gharar (ketidakjelasan salam dalam akad), ghabn fahiysh dan sebagainya yang diharamkan oleh Syarak dalam urusan perniagaan atau jual-beli.

Diharapkan dengan sedikit maklumat yang diberi akan dapat memberi kesedaran kepada kita semua agar sama-sama menjahui sesuatu yang tidak baik...semoga kebaikan datang pada kita semua.

Best for u,




p/s: please leave your comment.
p/s: if u like this post, please help me by click my nuffnang ads.
p/s: if u dont see my nuff ads, please refresh and click. really appreciate.
** first my nuffnang ads on header.
** second my nuffnang ads between contents.

janawangIM.blogspot.com Button


6 comments:

blog bisnisku said...

sistem piramida memang hanya memberikan keuntungan bagi member yang berada di atas....terima kasih sob atas artikelnya

adi_tau8605 said...

blog bisnisku --> tu la..kena jaga2 dengan sistem piramid sob...downline akan rugi kerana terpaksa membayar yuran pendaftaran segala..berkerja keras untuk cari downline baru untuk dapatkan keuntungan.

Al Fajr said...

sistem piramid adalah salah satu sistem yang sangat kotor dalam mencari uang, apalagi dengan bawa2 nama agama.
sistem yang hanya menjual mimpi kepada orang yang selalu bermimpi jadi kaya tanpa bekerja keras.
sebuah sistem yang menganut prinsip "tipulah orang lain karena aku telah menipu kamu"
sebuah sistem yang menganut prinsip "curilah uang orang lain karena aku telah mencuri uang kamu"

sukses 4U...

adi_tau8605 said...

Al Fajr --> haha...jangan marah..cuma dari kita ja untuk pandai memilih..benarkan sob?

thanks for the wish sob..

http://www.yuswellnesscoach.blogspot.com said...

Secara logika semua sistem jaringan berbentuk piramid !! Cuma terdapat beberapa ciri-ciri yang amat berbeza dengan sistem PIRAMID.
Saya pernah "termasuk" dalam sistem piramid "yang dibenarkan" ( ada lesen dari kementerian terbabit..hanya kerana ada produk) malangnya pihak kementerian hanya melihat plan @ sistem induk sahaja tanpa ada pegawai2 yang menyiasat secara terperinci !! ( masuk dalam sistem itu ),

Akhirnya saya, malah ramai MELAYU yang "dikecewakan" setelah mengetahui bahawa sistem yang digunapakai hanya mensasarkan POINT tertentu, supaya ORG ATAS TETAP KAYA dan ORG BAWAH MERANA !!

Itu syarikat yg ada lesen tu..!! malah banyak syarikat-syarikat ini pula memang "membenarkan" ORG ATAS terus menggunakan "Pelbagai Kaedah" yang sememangnya akan menguntungkan pihak syarikat sebenarnya. Jika telah wujud puluhan jutawan...cuba bayangkan..syarikat ini jadi apa...Billioner..

saya tercari-cari sebuah syarikat jaringan yang telus di dalam program perniagaan merka..syukur saya dah jumpa malah apa yang saya perhatikan tidak seorang pun dari mereka yang berjaya...pernah tunjuk ..cek...kereta...rumah...harta...atau apa2 kejayaan mereka. Namun kita tetap tahu bahawa mereka telah berjaya kerana...SISTEM SOKONGAN YANG DIGUNAPAKAI SANGAT ..........

manakala produknya pula SANGAT BERGUNA MALAH TETAP AKAN DIGUNAKAN OLEH PENGGUNA SETIAP HARI,BULAN, TAHUN....DENGAN HARGA YANG AMAT BERPATUTAN..

Rodriguez said...

Al Fajr --> haha...jangan marah..cuma dari kita ja untuk pandai memilih..benarkan sob? thanks for the wish sob..

"Selamat Beramal"

 
"Kepercayaan yang diberikan diperlekehkan, apa lagi untuk dipersenda-sendakan. Kepercayaan yang diberi bererti kita telah memegang satu panji-panji yang mesti kita tegakkan dengan sedaya upaya kita. "
"cukuplah bila aku merasa mulia kerana Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berikanlah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai"

~Mencari Keredhaan Ilahi~

Jumlah Pelawat Setakat Hari Ini:
Web Site Hit Counters
" You love me like flowers that love God's words. Never tired of spreading their aroma of happiness. Never tired of calming down thier worries. You love me like the sun that love us, thy God. Never tired of radiating its bright light. Never tired of valuing life. "

Jana Wang IM Copyright © 2009, WoodMag is Powered by Ipietoon and Coding Modified by adi_tau8605 All rights reserved.