Post kali ini memberikan kelebihan kepada para usahawan offline yang memasarkan produk mereka secara online. Rata-rata mereka ini tidak mengalami masalah yang besar jika tidak online selama beberapa hari. Ya..still masyuk!
Penjanaan wang seharusnya tidak berkisarkan kepada pemasaran produk secara online sahaja.Ya..tidak dapat dinafikan cara online lebih murah dan menjimatkan masa. Namun kita tetap perlu menerima realitinya
dalam pemasaran kita perlu mempunyai sistem sokongan sama ada dari online mahupun offline.
Saya sendiri selalu hilang focus apabila terlalu lama mengadap internet dan hasilnya kadang-kala amat mendukacitakan. Almaklumlah apabila connection internet tanpa batasan kita perlukan disiplin yang tinggi
untuk memastikan setiap waktu yg digunakan semasa online adalah produktif aktiviti. Tahniah bagi sahabat-sahabat Jana Wang IM yang terus produktif!
Disini saya kongsikan beberapa aktiviti yang boleh kita elakkan semasa online bagi memastikan kita focus dengan target harian:
1. Buka email hanya 2 kali sehari, pagi dan malam
2. Pastikan setiap 45minit kita bangun dari tempat duduk dan lakukan sesuatu seperti membancuh air,etc
3. Jangan open YM(Yahoo Messenger) sehingga tasks anda selesai.
4. Jangan bercakap di telefon lebih 5 minit, kecuali panggilan yang mustahak.
5. Tuliskan aktiviti online yang anda patut lakukan pada hari itu.
6. Jangan membuang masa berborak di forum jika anda ada banyak tasks pada hari itu.
Rasanya banyak lagi tips yang boleh dikongsikan bagi memastikan diri saya dan juga sahabat-sahabat Jana Wang IM dapat mencapai tahap produktif yg tinggi semasa online. Dan perlu di ingatkan jangan lupakan masa untuk keluarga juga.
Best for u,
p/s: please leave your comment.
p/s: if u like this post, please help me by click my nuffnang ads.
p/s: if u dont see my nuff ads, please refresh and click. really appreciate.
** first my nuffnang ads on header.
** second my nuffnang ads between contents.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
"Selamat Beramal"
No comments:
Post a Comment