Salam kepada semua sahabat-sahabat Jana Wang IM,
Post kali ini menceritakan rahsia orang-orang kaya dalam IM. Saya ingin berkongsi sedikit rahsia denagan sahabat-sahabat Jana Wang IM semua. Ramai orang yang tidak perasan bahawa orang kaya tidak seperti orang biasa.
Mereka mempunyai prinsip hidup yang mudah tetapi sukar dicapai oleh orang biasa. Mereka sanggup bersusah susah dahulu sebelum mencapai kesenangan pada masa akan datang.
Mereka merupakan seorang yang penjimat dan suka menyimpan. Kebanyakkan daripada mereka mempunyai matlamat yang jelas; mereka tahu dengan tepat berapa banyak yang mereka mahukan dan berapa lama ianya boleh dicapai. Orang kaya tahu RM1000 yang disimpan pada hari ini boleh membesar sepanjang hidup mereka.
Di sini saya membongkar 12 prinsip jutawan yang boleh sahabat-sahabat Jana Wang IM ikut:
#1. Mereka rancangkan kejayaan mereka. Mereka menyematkan matlamat berapakah pendapatan yang diperlukan, mereka tahu berapa banyak yang perlu disimpan dibank setiap tahun, dan mereka tahu berapa banyak modal yang diperlukan untuk persaraan. Adalah satu kemestian bahawa jumlah tersebut ditulis dengan jelas, kerana ia menjadi asas untuk tindakan. Dengan memberi tumpuan kepada matlamat sekarang tidak akan menjejaskan jika terdapat sebarang halangan.
#2. Mereka merancang dan bertindak. Mereka membuat satu simpanan tetap dan terus menyimpan setiap bulan tanpa henti.
#3. Orang kaya mempunyai disiplin. Mereka bertindak mengikut rancangan matlamat dan mengelakkan mengambil wang dari simpanan persaraan. Mereka tahu mengambil wang dari simpanan persaraan seperti “mencuri” daripada masa depan mereka.
#4. Mereka membuat perlindungan daripada bencana. Ini bermakna mereka mengambil insuran untuk melindungi diri daripada kehilangan aset penting seperti rumah atau kereta. Mereka juga mengambil insuran perlindungan diri sebagai persediaan jika terjadi sebarang bencana keatas diri sendiri.
#5. Mereka cuba mengelakkan hutang. Seorang pengurus kewangan yang bijak cuba untuk mengelakkan hutang dan membayar dengan lebih awal jika boleh.
#6. Mereka menjadikan pendapatan sementara kepada tetap dengan menyimpan dengan bijak.
#7. Mereka berjimat keatas setiap ringgit yang dibelanjakan.
#8. Mereka benci berbelanja.
#9. Mereka sukakan menyimpan. Mereka tahu setiap wang yang disimpan akan memberikan hasil yang lumayan pada masa depan.
#10. Mereka terus belajar daripada guru-guru yang sudah berjaya, oleh itu mereka akan lebih berjaya.
#11. Mereka mempunyai sikap positif tentang wang. Mereka bukan seorang yang tamak atau menjadi hamba kepada duit sehingga melupakan tanggungjawab kepada Tuhan.
#12. Mereka selalu mencari peluang untuk membuat wang dan menyimpan sebanyak
yang boleh.
Jumpa lagi dengan rahsia kekayaan yang lain!
Best for u,
p/s: please leave your comment.
p/s: if u like this post, please help me by click my nuffnang ads.
p/s: if u dont see my nuff ads, please refresh and click. really appreciate.
** first my nuffnang ads on header.
** second my nuffnang ads between contents.
18 comments:
Infonya menarik, bro...
banyak manfaat yang bisa kita ambil.
Salam akrab dari Surabaya ya...
Bahauddin Amyasi --> wah...makasih ya klo post ini membawa manfaat kepasa mu sob...aku amat gembira dapat membantu...salam silaturahmi juga dari malaysia :)
dropping in, brother :)
jadi terinspirasi, gw mau nyontoh mereka ah...
misterdicious --> thanks for u pal
pandawa --> thanks to u too pal:) belajarlah dari apa yg kita dapat k
Info menarik nih...layak di tiru...
Terima kasih infonya...Moga bisa cepat jadi orang kaya...
Maaf sobat saat ini aku belum bisa follow balik ,sedang ada masalah dengan inet yang lemot...Sekali lagi maaf sobat...
Osi --> tiru aja sob...moga dapat manfaat darinya k..ehh,ngak mengapa deh...beresin aja apa yang patut dulu k.
happy blogging
nice info~ info yg sgt bguna~ huhu
SeE-DaH --> hehe, cubalah..insyaAllah akan berjaya klo dibuat dengan ara yg betul..aku da buktikan da dengan penjualan DVD koleksi Anime One Piece
Selamat berjaya ya
banner blog ini suda saya pasang di blog saya... sekarang gantian ya...
Info yang bagus ^^
tetapi yang paling utama selain kaya uang harus kaya hati :P
♥ria♥ --> itu sudah pasti sis :) kaya hati yg utama, kalau miskin hati..bagaimana ya nak bersedekah? betul ngak?
Thanks for komentarnya :) happy blogging...
belajar beladiri --> makasih sob..ia, nanti akan di atus? beres lho
wah boleh nih tipsnya..
akhatam --> manfaatin jika dirasakan berguna sob... aku senang bila ada yg senang :)
semoga berjaya ya...
menurut saya gak ada rahsia jadi kaya hehehe
mas doyok --> wakakaka...mas doyok, untuk mencari rezeji yg halal, kena harus pada caranya...so, caranya itu yg menjadi kunci rahsia...
tapi mas doyok udah punya banyak uang lho...ngak perlu lagi pake ini segala..
happy blogging mas doyok
Post a Comment