Sunday, December 06, 2009

Hidup Berani Untuk Gagal?


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar sahabat-sahabat Jana Wang IM semua? Saya mendoakan agar anda sentiasa sihat dan dapat membaca post ini tanpa sebarang masalah.

Untuk pengetahuan sahabat-sahabat Jana Wang IM semua, saya baru sahaja 3 tahun lebih berjinak-jinak di dalam perniagaan Internet dan masih banyak lagi yang saya perlu belajar selok-belok perniagaan Internet. Setiap hari saya belajar perkara baru dan saya takkan berhenti belajar mengenai perkara yang saya sangat cintai. Namun satu perkara yang saya nampak ramai orang tidak boleh terima apabila bergiat di dalam perniagaan Internet ialah kegagalan.

Saya sendiri pernah gagal di dalam perniagaan Internet. Bukan sekali atau dua tetapi sudah banyak kali telah saya gagal! Terutamanya dalam menjual prodak fizikal dan juga dalam program affiliate. Itu sebenarnya satu perkara yang normal kerana anda sebenarnya sedang menceburi satu bidang yang mencabar iaitu perniagaan. Dalam apa jua bisnes yang anda ceburi di dalam dunia ini pasti anda akan melihat ramai yang gagal dan hanya segelintir sahaja yang berjaya. Ya, itulah sebenarnya ratio secara rambang mengenai perniagaan iaitu lebih ramai yang gagal berbanding dengan yang berjaya.

Kenapa sebenarnya ramai yang gagal apabila menceburi bidang perniagaan Internet?

Ayuh kita selami dan menghayati apakah yang dimaksudkan dengan menceburi bidang perniagaan. Bagi saya perniagaan adalah satu bidang dimana dia tidak melihat apakah kelayakkan anda sama ada anda mempunyai Diploma, Degree, Master dan sebagainya. Buktinya, saya mula aberjinak-jinak dengan IM time menuntut di sem 1 di sebuah IPTA. Apa yang bidang ini tahu ialah kegagalan dan kejayaan adalah terletak di tangan anda.

Menceburi bidang perniagaan bukanlah seperti menceburi rancangan realiti TV yang inginkan populariti tetapi anda perlu bersiap sedia untuk berjuang setiap masa dengan masalah dan cabaran. Anda terpaksa korbankan masa, tenaga malah mungkin juga keluarga! Inilah hakikatnya perniagaan dan keadaan ini juga sebenarnya sama dengan
perniagaan Internet. Walaupun kita berurus niaga melalui Internet tetapi ia tetaplah satu bidang perniagaan yang penuh mencabar. Sebab itulah ia dipanggil perniagaan Internet dan bukannya sukan Internet!

Bagaimanapun sebagai pelajar yang baru berjinak-jinak dengan dunia IM, kegagalan dalam IM merupakan saat yang manis dan dapat tingkatkan lagi ilmu berkaitan dengan IM. Ini kerana saya percaya bahawa suatu hari nanti segala kesusahan ini akan terbalas dengan kesenangan. Tak dapat balasannya di dunia tak mengapa kerana pasti akan mendapat balasannya di akhirat nanti :)

Jika selepas ini ada orang bertanya kenapa anda gagal di dalam perniagaan Internet? Jawapannya mudah iaitu kerana anda menceburi bidang perniagaan dan bukannya bermain sukan bola tepi pantai oh!

p/s: Kita sebolehnya cuba mengelak kegagalan tetapi sebenarnya kegagalan ini merupakan satu proses pembelajaran kepada kita.Terimanya dengan hati yang terbuka.

Best for u,




p/s: please leave your comment.
p/s: if u like this post, please help me by click my nuffnang ads.
p/s: if u dont see my nuff ads, please refresh and click. really appreciate.
** first my nuffnang ads on header.
** second on sidebar
** third my nuffnang ads between contents.

janawangIM.blogspot.com Button

1 comment:

Suhana said...

Peluang keemasan,..Kedai FREE untuk ANDA, call 019-6932474

"Selamat Beramal"

 
"Kepercayaan yang diberikan diperlekehkan, apa lagi untuk dipersenda-sendakan. Kepercayaan yang diberi bererti kita telah memegang satu panji-panji yang mesti kita tegakkan dengan sedaya upaya kita. "
"cukuplah bila aku merasa mulia kerana Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berikanlah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai"

~Mencari Keredhaan Ilahi~

Jumlah Pelawat Setakat Hari Ini:
Web Site Hit Counters
" You love me like flowers that love God's words. Never tired of spreading their aroma of happiness. Never tired of calming down thier worries. You love me like the sun that love us, thy God. Never tired of radiating its bright light. Never tired of valuing life. "

Jana Wang IM Copyright © 2009, WoodMag is Powered by Ipietoon and Coding Modified by adi_tau8605 All rights reserved.