Sunday, December 27, 2009

Tutorial IM Percuma #3




Salam buat sahabat-sahabat Jana Wang IM semua :P da lama saya x membuat sebarang post dan yang amat menyedihkan da lama saya xchat dengan member-member blogger sekalian :(( kekangan masa dan sibuk dengan kerja membuatkan saya hampir 2 bulan lebih x online..satu jangka masa yang amat lama bagi seorang blogger seperti saya..apa pun saya memohon maaf kepada sahabat-sahabat Jana Wang IM dan juga sahabat blogger semua...

Oklah, berbalik kepada tajuk post kali ini,Tutorial IM Percuma #3.Tutorial kali ni merupakan susulan daripada tutorial sebelum ni. Jika sahabat-sahabat Jana Wang IM terlepas pandang tutorial sebelumnya boleh baca kat sini Tutorial IM #1 Tutorial IM #2


Sebelum ini saya ada nyatakan 3 perkara yang buat masa ini anda harus fahami ialah (dipetik daripada post yang lepas)

1. Fahami 'overall picture' dunia IM itu sendiri
2. Kenali model-model perniagaan dalam IM
3. Tetapkan pilihan peluang penjanaan wang di internet untuk anda bergiat lebih serius.

Baiklah, mari kita pergi kepada perkara yang pertama iaitu memahami 'overall picture' dunia IM.

Selama saya melibatkan diri dalam bidang perniagaan dan pemasaran di internet, saya telah dapati dunia penjanaan wang melalui di internet ini terbahagi kepada 2 kategori yang besar.

Kategori yang pertama ialah "Make Money Online" (Buat duit di internet) & yang kedua ialah "Build a Real Internet Business" (Bina perniagaan internet yang sebenar).

Sebagai seorang budak yang baru nak belajar IM, walau apa pun yang kita lakukan di internet dalam usaha kita menjana pendapatan melaluinya, kita haruslah tahu membezakan kedua-duanya dengan jelas.

Untuk kategori pertama iaitu "Make Money Online" ia bermaksud anda hanya boleh mendapatkan duit dari internet jika anda melakukan kerja, hasil usaha anda dengan keras secara terus dan berulang-ulang.

Konsep ini sama sahaja jika anda makan gaji. Anda lakukan promosi, gunakan teknik-teknik yang terbaru dan terhangat di pasaran, seterusnya anda berpotensi untuk mendapatkan wang melalui internet.

Pepatah mengatakan "You trade your time for money".

Sebagai contoh affiliate dan AdSense. Kedua-dua contoh ini adalah cara penjanaan wang melalui internet di bawah kategori "Make Money Online".

Tak mustahil untuk anda semua mendapatkan komisyen daripada hasil penjualan produk-produk affiliate dalam masa yang lebih singkat.

Make Money Online ini lebih bersifat jangka masa yang singkat dalam penjaanaan wang di internet.

Contoh yang pernah saya lakukan, dulu saya pernah mempromosikan suatu produk digital yang berharaga RM30, kemudian saya tawarkan 12 buah ebook IM secara percuma kepada pembeli yang membeli  melalui link affiliate saya. Saya hanya melakukan promosi ini hanya di blog saya ni.

Pada keesokkan harinya, dah ada orang yang membeli melalui link affiliate saya.anda boleh cuba aplikasikan teknik ini di forum Wangcyber tu, sure jadi punya :-)

Selain itu, saya juga pernah menjalankan kerja-kerja freelancing (menyediakan perkhidmatan bebas) di internet. Ini juga salah-satu daripada teknik penjanaan 'wang pantas' di internet.

Boleh dikatakan lah juga cara ini adalah cara yang menjamin untuk anda mendapatkan wang melalui internet. Kira confirm dapat duit punya lah. Jika anda buat kerja seperti apa yang diminta oleh pelanggan.

Jika adi_tau8605 ingat lagi di laman biodata saya, ada saya nyatakan saya pernah menyediakan perkhidmatan design dan grafik termasuklah design web. Menyediakan perkhidmatan design ini merupakan salah-satu daripada perkhidmatan yang mempunyai permintaan yang tinggi di internet.

Untuk kerja-kerja freelancing ini,anda memerlukan bakat. Tak da bakat? Tak apa, bakat tu kan boleh diasah. Betul tak.

Kesimpulan yang boleh kita buat melalui kategori "Make Money Online" atau buat duit di internet adalah ia bersifat jangka masa singkat atau sama sahaja konsep dengan kerja makan gaji, selagi anda buat kerja secara terus, selagi itulah anda berpotensi untuk menjana duit di internet.

Best for u,





p/s: please leave your comment.
p/s: if u like this post, please help me by click my nuffnang ads.
p/s: if u dont see my nuff ads, please refresh and click. really appreciate.
** first my nuffnang ads on header.
** second on sidebar.
** third my nuffnang ads between contents
janawangIM.blogspot.com Button


10 comments:

buat duit dengan blog said...

bagus,tips, motivasi cara memilih dan membuat duit dengan internet.saya suka..teruskan bro :) .jgn lupa click my name :)

zuwairiaiman said...

terima kasih dgn tutorial yg membina

adi_tau8605 said...

Soshified --> insyaAllah akan diteruskan bro, thanks ya coz sudi membaca, dan harap tutorial ni dapat membantu kita untuk terus berjaya:P

adi_tau8605 said...

zuwairiaiman --> ya, sama-sama:P makasih juga coz sudi membaca tutorial ni..harap tutorial ni dapat membantu semua untuk terus berjaya:)

ALRIS said...

wah tipsnya bagus. salam kenal.

adi_tau8605 said...

ALRIS --> salam kenal dan salam blogger dari saya juga :P thanks ya, semoga sukses.

Suhana said...

Peluang keemasan,..Kedai FREE untuk ANDA, call 019-6932474

adi_tau8605 said...

Suhana --> suhana, kedai FREE kat mana tu? berminat gak ni...hehe

dari:

Tuan Blog

birthday said...

weekend from the pc

adi_tau8605 said...

birthday --> thanks for coming pal...happy weekend too and have a nice day..glad to see you here ;P

"Selamat Beramal"

 
"Kepercayaan yang diberikan diperlekehkan, apa lagi untuk dipersenda-sendakan. Kepercayaan yang diberi bererti kita telah memegang satu panji-panji yang mesti kita tegakkan dengan sedaya upaya kita. "
"cukuplah bila aku merasa mulia kerana Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berikanlah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai"

~Mencari Keredhaan Ilahi~

Jumlah Pelawat Setakat Hari Ini:
Web Site Hit Counters
" You love me like flowers that love God's words. Never tired of spreading their aroma of happiness. Never tired of calming down thier worries. You love me like the sun that love us, thy God. Never tired of radiating its bright light. Never tired of valuing life. "

Jana Wang IM Copyright © 2009, WoodMag is Powered by Ipietoon and Coding Modified by adi_tau8605 All rights reserved.