Showing posts with label online. Show all posts
Showing posts with label online. Show all posts

Saturday, May 22, 2010

Susahkah Perniagaan Internet ni?


Salam kepada Sahabat-sahabat  Jana Wang IM semua...apa khabar?
Harapnya semuanya  sihat hendaknya...

Dalam kehidupan ini sering kita didedahkan dengan pelbagai cara berniaga di internet. Dan ramai menjanjikan pulangan lumayan.  Saya sendiri dulu pernah terpengaruh dengan pelbagai skim cepat kaya yang menjanjikan pulangan lumayan. Walaupun saya tidak pernah mencuba Skim Cepat Kaya ni, tapi saya tahu, ianya hanya merugikan.

Namun setelah belajar,saya dapat sesuatu yang berharga. Berniaga di internet sebenarnya tidak susah,tetapi kebanyakan kita menjadikannya susah.

Dalam perniagaan internet apa yang penting adalah promosi yang berterusan. Namun ramai menyusahkan diri dengan membuat promosi SPAM. Adakah Sahabat-sahabat Jana Wang IM tahu apakah itu Email SPAM?

Jawapannya Email SPAM adalah email yang kita hantar secara paksa kepada sesuatu email. Maksudnya, kita mendapatkan email dari sumber yang tidak sah.

Jadi antara teknik pemasaran yang paling saya gemari adalah teknik pemasaran email. Biasanya saya akan gabungkan teknik pemasaran email dengan teknik lain. Sebab Irfan Khairi selalu berpesan untuk kita menggunakan pelbagai teknik pemasaran.


Sahabat-sahabat Jana Wang IM,  jika benar-benar mahu berjaya di internet,saya sarankan anda semua  belajar bagaimana mempromosikan produk secara berkesan. Ya teknik pemasaran berkesan adalah kunci kejayaan di internet.

Antara teknik yang Sahabat-sahabat Jana Wang IM boleh cuba adalah

1)Pemasaran email
  Buat satu produk PERCUMA,contoh tips kewangan. Kemudian edarkan kepada orang ramai. Letakkan borang opt in. Jadi sesiapa berminat akan meletakkan nama dan email disitu. Dan apa yang perlu dilakukan adalah melakukan follow up dengan email.

2)Pemasaran Blog

Blog adalah satu senjata dalam perniagaan internet. Ramai dikalangan blogger berjaya di internet melakukan review produk. Produk akan lebih mudah dikenali di blog.

3)Pemasaran Facebook

Sejak akhir-akhir ini facebook sering jadi senjata dalam perniagaan internet. ramai mula menjana pendapatan di internet. Apa yang penting jangan gunakan teknik SPAM tapi cukuplah dengan mendedahkan diri kita kepada public.Contoh dengan memberikan tips,memberi komen yang bernas di post wall orang lain. Dengan ini kita akan lebih disenangi dan dipercayai.

Ini adalah contoh 3 teknik pemasaran yang boleh dicuba. Jangan putus asa.teruskan usaha untuk melakukan promosi. Sebabnya semakin banyak promosi maka semakin banyak pendedahan produk kita kepada umum.
Semoga tips ini memberi Sahabat-sahabat Jana Wang IM satu idea untuk mempromosikan produk.


------------------------------------------------------------------------------------
RUANG IKLAN UNTUK DITEMPAH  << PASTI GEMPAK
-------------------------------------------------------------------------------------

P/S: saya sangat sibuk kebelakangan ni kerana mempunyai jadual kerja yang baru..pagi hingga petang  mengajar, malah pula part time bisnes computer service.
Best for u,




p/s: please leave your comment.
p/s: if u like this post, please help me by click my nuffnang ads.
p/s: if u dont see my nuff ads, please refresh and click. really appreciate.
** first my nuffnang ads on header.
** second my nuffnang ads between contents.

"Selamat Beramal"

 
"Kepercayaan yang diberikan diperlekehkan, apa lagi untuk dipersenda-sendakan. Kepercayaan yang diberi bererti kita telah memegang satu panji-panji yang mesti kita tegakkan dengan sedaya upaya kita. "
"cukuplah bila aku merasa mulia kerana Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berikanlah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai"

~Mencari Keredhaan Ilahi~

Jumlah Pelawat Setakat Hari Ini:
Web Site Hit Counters
" You love me like flowers that love God's words. Never tired of spreading their aroma of happiness. Never tired of calming down thier worries. You love me like the sun that love us, thy God. Never tired of radiating its bright light. Never tired of valuing life. "

Jana Wang IM Copyright © 2009, WoodMag is Powered by Ipietoon and Coding Modified by adi_tau8605 All rights reserved.