Sunday, September 27, 2009

4 cara istimewa untuk meningkatkan perniagaan anda melalui blog


Jika dilakukan dengan cara yang betul, sesuatu blog boleh menarik pengunjung setia dalam mana para sahabat janawangIM boleh berkongsi kepakaran, Informasi, idea dan isi kandungan dengan mereka sekaligus mendidik mereka tentang “awareness” terhadap perniagaan dan branding para sahabat janawangIM sendiri.

Tetapi jika dilakukan bukan berpandukan pada strategi yang betul pula, para sahabat janawangIM boleh meninggalkan kesan yang sangat mendalam kepada pengunjung blog (yakni ketidak puasan hati bakal pelanggan anda sekali gus akan membawa mereka kepada pesaing). Jadi di bawah ini, saya di janawangIM hendak kongsikandengan sahabat-sahabat janawangIM 4 cara isimewa untuk meningkatkan perniagaan anda melalui blog:

1. Buat satu ruangan ekspresi pengguna. Jika blog sahabat-sahabat janawangIM ada buat pendekatan pengenalan kepada produk yang sedang dijual atau sedang mempromosikan sesuatu service dari syarikat tertentu, maka seeloknya sahabat-sahabat janawangIM menyediakan satu ruangan khas agar pengunjung atau potensi pelanggan di blog sahabat janawangIM dapat membuat post testimonial, maklum balas, pertanyaan atau komen serta dapat mengambil bahagian di dalam survey produk yang sedang diadakan. Dengan mengambil langkah sebegini secara tidak langsung sahabat janawangIM boleh berkomunikasi secara telus dengan potensi pelanggan sahabat janawangIM dapat menggunakan Informasi serta maklum balas dari mereka untuk mempertingkatkan lagi kekuatan produk atau perkhidmatan sekali gus mengurangkan kelemahan pada produk sahabat-sahabat janawangIM. Tahukah para sahabat janawangIM dengan berbuat begini dapat akan membuatkan potensi pelanggan sahabat-sahabat janawangIM berkomunikasi terus di dalam blog perniagaan para sahabat janawangIM.

2. Menyediakan konsep khidmat bantuan pelanggan. Apa yang dimaksudkan di sini bukan technical support atau "e-ticketing" sistem tu. Tetapi memberikan bantuan kepada pengunjung blog sahabat-sahabat janawangIM apabila mereka bertanyakan sesuatu. Jawab secara terperinci dan menepati apa yang mereka inginkan. Dengan ini secara tidak langsung akan meningkatkan keyakinan mereka terhadap sahabat janawangIM. Sekaligus memberikan imej yang berkualiti terhadap produk yang sahabat janawnagIM promosikan.

3. Tingkatkan kredibiliti sahabat-sahabat janawangIM. Blog merupakan platform yang sangat baik untuk meningkatkan kredibiliti para sahabat janawangIM. Cara membinanya adalah dengan menyediakan artikel-artikel yang boleh berguna dan dapat membantu mereka, memberi tip-tip berguna, memberi khidmat konsultasi percuma dan sebagainya yang boleh mendatangkan faedah kepada pengunjung blog sahabat-sahabat janawangIM sendiri.

4. Dapatkan lebih pendedahan /exposure yang lebih. Satu-satu menambahkan lagi bakal pengunjung ke blog sahabat-sahabat janawangIM adalah dengan mendapatkan pendedahan meluas. Para sahabat janawnagIM boleh lakukan buat satu press release untuk mendapat liputan meluas. Selalunya press release boleh dilakukan di website yang mempunyai traffic yang tinggi, ataupun di artikel directory atapun di majalah-majalah offline. Sebagai contohnya, pada kebiasaannya, produk-produk kecantikan selalu melakukan press release di televisyen dan juga surat khabar untuk mendapatkan pendedahan yang besar.


best for u,




p/s: please leave your comment.
p/s: if u like this post, please help me by click my nuffnang ads.
p/s: if u dont see my nuff ads, please refresh and click. really appreciate.
** first my nuffnang ads on header.
** second my nuffnang ads between contents.

janawangIM.blogspot.com Button

No comments:

"Selamat Beramal"

 
"Kepercayaan yang diberikan diperlekehkan, apa lagi untuk dipersenda-sendakan. Kepercayaan yang diberi bererti kita telah memegang satu panji-panji yang mesti kita tegakkan dengan sedaya upaya kita. "
"cukuplah bila aku merasa mulia kerana Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berikanlah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai"

~Mencari Keredhaan Ilahi~

Jumlah Pelawat Setakat Hari Ini:
Web Site Hit Counters
" You love me like flowers that love God's words. Never tired of spreading their aroma of happiness. Never tired of calming down thier worries. You love me like the sun that love us, thy God. Never tired of radiating its bright light. Never tired of valuing life. "

Jana Wang IM Copyright © 2009, WoodMag is Powered by Ipietoon and Coding Modified by adi_tau8605 All rights reserved.