Sunday, September 27, 2009

Kehebatan Produk Digital dan MLM di Internet


Perniagaan MLM di internet mempunyai pelbagai kelebihan disebabkan terdapat banyak perkara yang boleh para sahabat janawangIM lakukan untuk mencari prospek dan membina jaringan ahli sendiri.Pada masa yang sama, sahabat janawangIM juga boleh menjana  pendapatan sampingan sama ada dapat menaja  ahli baru ke dalam program MLM para sahabat sendiri ataupun tidak.

Pada mulanya saya turut keliru dengan kenyataan di atas dan mungkin juga sahabat-sahabat janawangiM turut sama keliru? Bagaimana para sahabat boleh menjana pendapatan sampingan sekiranya tidak menjual produk MLM atau menaja ahli baru?

Mungkin juga para sahabat juga mempunyai soalan sebegini - bagaimana Seorang Otai dalam MLM iaitu saudara Zamri Nanyan boleh melakukannya?

Baiklah, saya akan kongsikan satu cara yang diberikan oleh saudara Zamri Nanyan iaitu bagaimana beliau melakukannya berserta contoh nyata yang masih lagi beliau praktikkan di luar sana.

Jawapannya ialah dengan menjadikan program MLM para sahabat janawangIM sebagai saluran pendapatan kedua selepas  para sahabat berjaya menjual produk yang bersesuaian kepada pelanggan.

Produk yang saya maksudkan ialah produk digital yang mudah dicipta dan juga tidak akan habis dijual walaupun terdapat pembeli setiap hari.

Untuk memudahkan lagi pemahaman sahabat-sahabat janawangIM, saya akan berikan contoh laman web yang diberikan oleh saudara Zamri Nanyan di bawah:

===================================

http://www.OnlineProfitsMadeSimple.com

===================================

Jika sahabat-sahabat janawangIM lawati laman web tersebut, sahabat-sahabat akan  dapati yang saudara Zamri Nanyan menjual sebuah ebook (produk digital) berkaitan cara menjana pendapatan  berterusan melalui internet dan bagaimana para sahabat janawangIM sendiri boleh melakukannya dengan menuruti langkah demi langkah yang ringkas.

Di dalam ebook itu juga, saudara Zamri Nanyan juga ada memperkenalkan "Kiosk", sebuah perkhidmatan 'webhosting' yang merupakan resepi penting untuk membina laman web profesional. Yang menariknya, Kiosk juga merupakan sebuah MLM internet di mana saudara Zamri Nanyan sendiri  akan mendapat komisyen sekiranya beliau memperkenalkan pelanggan yang baru kepada Kiosk melalui laman web affiliate yang berikan di atas.

Jadi, para sahabat janawangIM boleh lihat di sini bahawa saudara Zamri Nanyan akan mendapat wang hasil jualan ebook "Online Profits Made Simple" sebelum saudara Zamri Nanyan memperkenalkan MLM internet kepada pelanggannya.

Saudara Zamri Nanyan sendiri ada menulis dalam artikelnya iaitu sekiranya selepas membaca ebook "Online Profits Made Simple" dan pelanggannya mendapati yang kandungannya bermanfaat dan Kiosk boleh membantu mereka untuk menjana pendapatan berterusan di Internet, mereka akan menyertai Kiosk di dalam kumpulan MLM saudara Zamri Nanyan sendiri.

Namun jika mereka merasakan yang belum tiba masanya untuk mempraktikkan apa yang telah ditulis oleh saudara Zamri Nanyan di dalam ebook "Online Profits Made Simple" itu, ianya tidak menjadi masalah kerana saudara Zamri Nanyan telah pun memperolehi pendapatan daripada hasil jualan ebook tersebut.

Kesimpulannya, menjual produk digital sebelum menaja ahli baru ke dalam MLM internet sahabat-sahabat janawangIM adalah satu cara yang menguntungkan.

Penajaan boleh berlaku secara otomatik dan jika pelanggan sahabat-sahabat janawangIM tidak menyertai program MLM internet sahabat janawangIM, sahabat-sahabat janawangIM masih mampu menjana pendapatan melalui jualan produk digital sendiri.

Oleh itu, saya di janawangIM hendak bersama-sama dengan sahabat-sahabat janawangIM berfikirkan bagaimana kita boleh mengaplikasikan lmu yang telah dikongsi bersama oleh saudara Zamri Nanyan di sini.


Sedikit mengenai Zamri Nanyan,

Zamri Nanyan adalah penulis buku "The Ultimate Blueprint of Internet MLM Success" dan beliau mempunyai minat yang amat mendalam terhadap bidang MLM Internet. Lawati laman web beliau http://www.OnlineProfitsMadeSimple.com dan http://www.RahsiaMLM.com untuk mendekati beliau dengan lebih rapat.

[Ebook "Online Profits Made Simple" sedang melalui proses penterjemahan dari Bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia. Kepada sahabat-sahabat janawangIM,nantikan kemunculan ebook ini dalam Bahasa Malaysia dalam masa terdekat]


best for u,




p/s: please leave your comment.
p/s: if u like this post, please help me by click my nuffnang ads.
p/s: if u dont see my nuff ads, please refresh and click. really appreciate.
** first my nuffnang ads on header.
** second my nuffnang ads between contents.

janawangIM.blogspot.com Button

No comments:

"Selamat Beramal"

 
"Kepercayaan yang diberikan diperlekehkan, apa lagi untuk dipersenda-sendakan. Kepercayaan yang diberi bererti kita telah memegang satu panji-panji yang mesti kita tegakkan dengan sedaya upaya kita. "
"cukuplah bila aku merasa mulia kerana Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berikanlah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai"

~Mencari Keredhaan Ilahi~

Jumlah Pelawat Setakat Hari Ini:
Web Site Hit Counters
" You love me like flowers that love God's words. Never tired of spreading their aroma of happiness. Never tired of calming down thier worries. You love me like the sun that love us, thy God. Never tired of radiating its bright light. Never tired of valuing life. "

Jana Wang IM Copyright © 2009, WoodMag is Powered by Ipietoon and Coding Modified by adi_tau8605 All rights reserved.