Friday, September 18, 2009

Sesuatu yang sedih seawal waktu bersahur pagi ini..


Mesti ramai sahabat janawangIM tertanya-tanya tentang tajuk post kali ini? Hehe..saja ja letak tajuk camtu, nak Nampak gempak sikit:P

Sebenarnya apa yang saya nak kongsi kepada sahabat janawangIM ialah mengenai sejauh mana keyakinan kita dengan Internet Marketing (IM)? Saya percaya ramai di antara kita semua yang sangat berminat untuk memulakan perniagaan Internet namun mereka sangsi dengan kemampuan Internet. Pelbagai persoalan masih bermain dibenak fikiran mereka kerana terlampau banyak cerita negatif tentang pelaburan haram yang kononnya perniagaan Internet disiarkan oleh akhbar-akhbar tempatan.

Saya sendiri di janawangIM mula berjinak-jinak dengan IM sejak belajar di Universiti lagi, dan boleh dikatakan masih tidak mengetahui apa-apa lagi dengan IM walaupun telah banyak forum saya ikuti, banyak ebook-ebook yang telah dibaca dan difahami, mendapat nasihat-nasihat dari otai-otai IM sendiri.

Tapi saya percaya, dengan IM saya boleh menjana pendapatan yang lumayan sama seperti Otai-otai IM di Malaysia.

Balik kepada tajuk di atas, sebenarnya pukul12 tengah malam semalam saya ada poskan link promosi saya dalam INNIT NUFFNANG, dan saya mendapat traffic yang tinggi dalam beberapa jam sahaja. Tapi yang sedihnya ramai juga yang menghentam saya dengan menghantar post dengan kata-kata yang kurang menyenangkan dan menuduh saya menipu.

Ini menunjukan masih ramai lagi di luar sana yang tidak percaya dengan IM, mereka separti menyangka bahawa IM sama seperti SKIM CEPAT KAYA. Saya telah menjawab semua persoalan mereka yang menghentam saya dengan ilmu yang saya perolehi selama ini dalam IM.

Yang menariknya, pada waktu yang sama juga sama telah mendapat email dari Team FlareBiz. Dalam email tersebut menjelaskan tentang persoalan “Benarkah Internet Boleh Membuat Duit”. Saya nak kongsi email ini dengan sahabat janawangIM untuk kita sama-sama dapat menjawab persoalan-persoalan dari mereka yang masih lagi tidak memahami tentang IM.

Sila baca kandungan email di bawah....

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Benarkah Internet Boleh Buat Duit?
By Adly a.k.a Labanon on October 17, 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya percaya ramai di antara kita semua yang sangat berminat untuk memulakan perniagaan Internet namun mereka sangsi dengan kemampuan Internet. Pelbagai persoalan masih bermain dibenak fikiran mereka kerana terlampau banyak cerita negative tentang pelaburan haram yang kononnya perniagaan Internet disiarkan oleh akhbar-akhbar tempatan. Jika anda salah seorang yang masih sangsi bahawa dengan Internet anda boleh menjana wang, maka anda perlu baca post pada kali ini sampai habis.

Internet Memang Boleh Buat Duit

Ingin sekali lagi saya tegaskan di sini bahawa kita boleh jana wang melalui Internet. Saya sendiri telah menjana puluhan ribu ringgit di Internet walaupun baru berusia 18 tahun. Apa yang saya lakukan ialah hanya menjual beberapa produk digital di Internet dan hanya lakukan sedikit pemasaran ke atas produk tersebut. Namun, orang kita masih belum dapat menerima hakikat tersebut.

Zhafran dan Bob juga telah menjana puluhan ribu ringgit di Internet dengan perkhidmatan design dan bina laman web. Contohnya saudara Bob boleh meraih pendapatan lebih RM1000 sehari dengan hanya membina laman web dan menjualnya kembali kepada mereka yang berminat. Itu baru satu sahaja sumber pendapatan beliau, tidak termasuk lagi dengan teknik-teknik jana wang yang lain.

Ada juga yang mengadu kepada saya bahawa beliau tidak pandai untuk menulis ataupun bercakap. Jadi, agak susah untuk dia menghasilkan produk digital seperti ebook, audio temubual, video dan sebagainya. Baiklah, sekali lagi saya pohon agar jangan kecilkan skop mencari duit di Internet ini. Saya ada seorang kawan yang meraih pendapatan 5 angka sebulan dengan hanya menjual tudung secara online. Mungkin sebelum ini anda tidak fikir bahawa tudung ini boleh jual di Internet dan pada hari ini kawan saya telah buktikan bahawa beliau boleh berjaya.

Tiada Had Dalam Pencarian Duit Online

Sebenarnya tiada had yang ditetapkan dalam perniagaan Internet. Jika dahulu saya ingat benda-benda yang tajam tidak dapat dijual di Internet maka kali ini saya silap. Siapa sangka, cikgu sekolah saya dahulu iaitu Cikgu Nasir berjaya memperolehi pendapatan 5 angka sebulan dengan menjual keris di Internet! Ya, beliau menjual keris yang saya fikir pada mulanya agak mustahil untuk dijual. Beliau telah mengukuhkan lagi bukti bahawa tiada had dalam penjualan produk di Internet dan sememangnya Interenet boleh buat duit.

Perniagaan Internet juga tiada had umur. Tidak kira sama ada anda ini pelajar sekolah, penuntut Universiti ataupun sebagainya. Jangan tidak percaya bahawa budak sekolah rendah pun boleh jana wang di Internet! Orang yang saya maksudkan ialah Khalif yang baru sahaja berusia 12 tahun namun sudah mampu menjana wang di Internet. Beliau menjana wang dengan menjual beberapa script, pekhidmatan design dan sebagainya. Saya sangat bangga dan percaya bahawa beliau boleh pergi jauh lagi dalam perniagaan Internet.

Moralnya di sini walau siapapun anda, walau apapun status anda dan walau berapapun umur anda. Anda mampu dan boleh menjana wang di Internet. Cuma anda perlu banyak belajar dan memberikan komitmen tinggi untuk menjana wang di Internet.

 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sekarang saya berharap sahabat-sahabat janawangIM sudah percaya dan yakin bahawa kita boleh menjana wang di Internet. Jika masih ada yang ragu-ragu dan perlekehkan usaha anda untuk menjalankan perniagaan Internet maka anda boleh berikan link ini untuk rujukkan mereka. Saya percaya tidak kira siapa kita, jika kita berusaha keras maka kita berhak untuk berjaya dalam pencarian duit online.

Sehingga kita berjumpa lagi di lain hari.

best for u,




p/s: please leave your comment.
p/s: if u like this post, please help me by click my nuffnang ads.
p/s: if u dont see my nuff ads, please refresh and click. really appreciate.
** first my nuffnang ads on header.
** second my nuffnang ads between contents.

janawangIM.blogspot.com Button

No comments:

"Selamat Beramal"

 
"Kepercayaan yang diberikan diperlekehkan, apa lagi untuk dipersenda-sendakan. Kepercayaan yang diberi bererti kita telah memegang satu panji-panji yang mesti kita tegakkan dengan sedaya upaya kita. "
"cukuplah bila aku merasa mulia kerana Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berikanlah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai"

~Mencari Keredhaan Ilahi~

Jumlah Pelawat Setakat Hari Ini:
Web Site Hit Counters
" You love me like flowers that love God's words. Never tired of spreading their aroma of happiness. Never tired of calming down thier worries. You love me like the sun that love us, thy God. Never tired of radiating its bright light. Never tired of valuing life. "

Jana Wang IM Copyright © 2009, WoodMag is Powered by Ipietoon and Coding Modified by adi_tau8605 All rights reserved.