Blog? Laman Web? Portal? Ketiga-tiga medium ini amatlah berbeza sekali dari segi keperluannya. Namun di sini saya bukan hendak berkongsi idea tentang Laman Web atau Portal kepada sahabat-sahabat Jana Wang IM apa yang saya nak kongsi adalah hal mengenai “BLOG”.
Saya menulis artikel ini kerana ramai di luar sana yang memandang rendah dengan Blogspot hanya disebabkan perkara utamanya ialah PERCUMA? Ada yang bertanya kepada saya. Kenapa harus guna BLOGSPOT? Kenapa tidak menggunakan Domain dan Hosting sendiri? Kenapa harus http://janawangim.blogspot.com? Kenapa bukan http://janawangim.com? WHY? Why? Kenapa? WHY?
Ok, jawapannya mudah sahaja. Kerana blogsppot percuma:). Senang dikuasi dan dikendalikan oleh sesipa pun hatta yang tidak mahir teknikal IT sekali pun. Manakala untuk mempunyai domain dan hosting sendiri anda harus membayar sejumlah wang mengikut harga domain dan hosting yang anda beli. Selain itu, Sekiranya anda menggunakan blog berbayar, anda perlu memilih nama domain untuk blog anda. Memilih nama domain sesebuah blog diibaratkan seperti memilih nama untuk bayi yang baru lahir:).
Sebenarnya, untuk mendirikan sesuatu blog atau laman web, anda haruslah menentukan apakah “Niche”(akan saya terangkan sebentar lagi) yang sesuai dengan blog atau laman web yang hendak kita bina.Jadi bolehlah saya katakana bahawa “Niche” yang memainkan peranan dan perkembangan sesebuah blog itu dan bukannya ditentukan oleh .blogspot tau .com itu sendiri?
Ok, kita kembali kepada BLOG:)
BLOG merupakan salah sebuah jornal online atau pun lebih dikenali sebagai “Online Diary” yang mana pemilik atau penulis blog tersebut meluahkan sesuatu melalui penulisan-penulisan tentang apa yang mereka fikirkan atau pun rasakan terhadap sesuatu perkara, kemudian dikongsikan bersama untuk tatapan umum dalam dunia maya.
Bagi pendapat saya, BLOGGING merupakan salah satu elemen atau media komunikasi yang begitu berkesan dan menjadi satu medium atau kelengkapan yang menarik, yang mana ia juga telah pun digunakan secara meluas bagi tujuan pemasaran bagi pihak pengiklan secara online. Selain itu, blog juga telah menjadi beggitu popular di kalangan remaja dan generasi terdahulu untuk berkongsi idea dan memberikan bimbingan atau tutorial dalam perbagai bidang.
Sekiranya anda ingin mendirikan sebuah blog dan mempunyai cita-cita untuk menjana wang daripada blog yang bakal anda dirikan, sebaiknya anda mestilah memilih sesuatu niche untuk blog anda. Niche bolehlah saya katakana satu ikon yang melambangkan personaliti sesebuah blog yang bakal anda bangunkan. Sekirannya anda fokus kepada niche ‘animasi’, blog anda sepatutnya memberi pelbagai informasi yang berkaitan tentang ‘animasi’ itu sendiri.
Di sini saya senaraikan beberapa tips yang saya dapat daripada otai-otai IM sendiri bagaimana hendak mendapatkan niche yang sesuai untuk blog anda dan beberapa aspek yang perlu diambil kira. Antaranya ialah:-
• Adakah anda berminat dengan topic yang anda pilih?
• Adakah topic tersebut mempunyai peminat yang ramai atau tersendiri?
• Adakah prestasi topic pilihan anda itu semakin menaik atau menurun?
• Adakah anda mempunyai isi kandungan yang banyak untuk dimuatkan ke dalam blog anda?
• Dan yang penting adakah anda dapat menjana apa jua pendapatan melalui topic itu sendiri?
Untuk mendapatkan niche yang terbaik, saya nasihatkan kepada sahabat-sahabat janawangIM.blogspot adalah tentang topic yang anda minati sendiri, mempunyai permintaan pasaran yang tinggi(wah….ilmu ekonomi tingkatan5 dikeluarkan;))dan kurang persaingan. Tapi, kena ingat tidak akan wujud satu pun topic yang begitu sempurna. Ini kerana setiap topic niche itu sendiri mempunyai kelemahannya. Cara yang terbaik adalah dengan mengenalpasti sendiri kelemahan suatu topic yang telah anda pilih supaya anda dapat mencari jalan untuk memperbaiki kelemahan tersebut sekaligus mengatasinya.
Ok, kalau sahabat janawangIM.blogspot dah faham apa itu niche, bolehlah memikirkan apakah niche yang sesuai untuk blog baru anda sekarang:).
p.s: JanawangIM mengucapkan selamat memblogging dan selamat berkarya:)
best for u,
p/s: please leave your comment.
p/s: if u like this post, please help me by click my nuffnang ads.
p/s: if u dont see my nuff ads, please refresh and click. really appreciate.
** first my nuffnang ads on header.
** second my nuffnang ads between contents.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
"Selamat Beramal"
No comments:
Post a Comment