Tuesday, September 29, 2009

Masam Manis Dalam Perniagaan Internet?


Samada sahabat-sahabat janawangIM percaya atau tidak, setuju atau tak. Inilah realitinya. Pastinya ramai sahabat janawangIM yang berkira-kira untuk mencari alternatif untuk menjana pendapatan tambahan termasuk perniagaan Internet sendiri. Masalah kegawatan ekonomi pun belum nampak tanda-tanda berakhir. Banyak juga program di Internet dengan beri harapan kepada pengunjung Internet kononnya boleh memberikan nafas baru kepaad mereka dalam menjana pendapatan tambahan di Internet. Isunya sekarang. Adakah sahabat-sahabat janawangIM pernah ditipu? Jikalau pernah atau hendak elakkan diri anda terus ditipu, saya ada tips nak kongsikan cara elakkan diri ditipu dalam program atau perniagaan Internet.

BUAT KAJIAN

Pastinya bila mendengar kononya boleh menjana pendapatan tambahan dengan mudah dalam perniagaan Internet. Mesti suka bukan? Sampai kadang-kadang kita boleh terjerat dengan lambakan SCAM kat Internet. Jadi apabila meneliti sesuatu program atau produk di Internet boleh gunakan perkhidmatan laman enjin carian Google ker, Yahoo ker. Ini kerana sebarang maklumat akan lebih cepat tersebar apabila melalui Internet. Buat sedikit reserch. Biar lambat asal selamat. Ini melibatkan soal wang. Masuk Google.com dan boleh mula melakukan research dengan cara menaip pemilik laman web tersebut. Ataupun boleh juga menaip nama syarikat, program yang dijalankan dan begitu juga sistem yang digunapakai. Semua maklumat yang diperlukan, bakal terhidang di depan mata anda.

CONTACT

Kemudiannya, sahabat-sahabat janawangIM perlu pastikan laman web tersebut disertakan maklumat yang tidak diragui kesahihannya. Pastikan ada details seperti cara menghubungi dan juga no. Hp. Ini kerana jika mereka betul serius-serius terlibat dalam perniagaan Internet mereka perlu berdepan dengan kerenah pelanggan. Begitu juga boleh disamakan dengan kehidupan artis contohnya. Suka atau tak suka, mereka mesti akan terkena tempias gosip,(walaupun tak baik, gosip2 nie) bezanya banyak atau sikit sahaja. Jikalau attitude artis tersebut baik, okey, kebarangkalian untuk timbul sesuatu gosip amat-amat kecil. Begitu juga dengan produk tersebut, jika produk atau program yang dijalankan menimbul kesangsian dan masalah, pastinya pelanggan akan menghubungi pemilik program atau laman web. Cumanya masa komunikasi itu mestilah relevan sehingga tidak menggangu privacy pemilik laman web.

NAMA PEMILIK

Siapakah nama di sebalik sesuatu pelaburan atau peluang perniagaan tersebut. Sering kali, SCAM dilakukan oleh mereka yang suka menyorokkan identiti mereka. Jadi, pastikan sahabat-sahabat janawangIM ketahui nama sebenar dan juga maklumat peribadi siapakah yang mengendalikan sesuatu pelaburan atau peluang menjana pendapatan itu. Atau dipendekkan cerita, latarbelakangnya sepanjang beliau bergiat dalam perniagaan Internet. Kemudian jugak tengok, kepada paparan laman web. Kalau menggunakan perkhidmatan yang percuma pastinya kalau ada masalah dia tidak akan rugi apa-apa, jikalau pemilik laman web nak lari pun. berbanding dengan pemilik yang mempunyai laman web yang berbayar, kemas, dan juga sudah ada kredibiliti, pastinya mereka-mereka ini akan berusaha mengekalkan kredibiliti dalam perniagaan Internet dengan memberikan support dan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.

TERLALU HYPE

Hype tak salah. Tapi jangan terlalu hype. Pelaburan atau peluang yang menjana pendapatan yang diberikan adakah ianya over promising? Atau janji yang lebih-lebih dan tak masuk akal? Ketahui bahawa menjana pendapatan yang lumayan bukanlah perkara yang mudah. Mana ada goyang kaki, duit masuk (melainkan bisnes menjahit). Kebanyakan SCAM akan menipu mangsa dengan cara membuat janji-janji manis berlebihan, atau OVER PROMISE! Dengan hanya menggunakan SEARCH di google, asahabat-sahabat di janawangIM pasti akan mengetahui banyak maklumat-maklumat seperti pelanggan tidak berpuas hati, dan sebagainya. Cara ini amatlah efektif, tetapi, sayangnya, ramai yang terjerat dalam SCAM, salah diri juga kerana tidak melakukan research, dengan hanya menggunakan SEARCH di GOOGLE.COM!

SURVEY &SUPPORT

Cuba membuat survey dan tanyakan kepada forumer tentang pendapat mereka berkenaan sesuatu produk sebelum membeli. Satu lagi, jangan terlepas pandang. Pastikan sebelum anda mendapatkan dan membeli, sahabat-sahabat janawangIM boleh hubungi mereka melalui email atau menghubungi terus pemilik laman web tersebut. Kadangkala, laman web tersebut dah lama tak beroperasi. Jadi pastikan produk atau program tersebut still available untuk diperolehi. Kalau tak nanti, duit dah diberi barang tak dapat, rupanya pemilik laman web dah tiada. Kan naya tu…..

Sekiranya ada antara sahabat-sahabat janawangIM tertipu dengan SCAM, bukan sahaja sahabat-sahabat di janawangIM rugi WANG. tetapi, anda juga akan rugi MASA dan USAHA anda dalam memperolehi dan menjana wang tersebut! Dan yang penting juga, anda akan rugi dan kehilangan keyakinan anda dalam memulakan perniagaan dan pelaburan yang sebenar. Bila hilang keyakinan, self esteem akan kurang, dan kita mula stress… harapnya tidak terjadi pada kita ok?

P/S : Diharapkan pengunjung Blog Jana Wang IM dielakkan daripada terkena. Yang dah terkena anggaplah ia sebagai pengalaman untuk menjadi yang lebih baik di masa akan datang dalam perniagaan Internet :)

best for u,
 



p/s: please leave your comment.
p/s: if u like this post, please help me by click my nuffnang ads.
p/s: if u dont see my nuff ads, please refresh and click. really appreciate.
** first my nuffnang ads on header.
** second my nuffnang ads between contents.


janawangIM.blogspot.com Button

No comments:

"Selamat Beramal"

 
"Kepercayaan yang diberikan diperlekehkan, apa lagi untuk dipersenda-sendakan. Kepercayaan yang diberi bererti kita telah memegang satu panji-panji yang mesti kita tegakkan dengan sedaya upaya kita. "
"cukuplah bila aku merasa mulia kerana Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berikanlah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai"

~Mencari Keredhaan Ilahi~

Jumlah Pelawat Setakat Hari Ini:
Web Site Hit Counters
" You love me like flowers that love God's words. Never tired of spreading their aroma of happiness. Never tired of calming down thier worries. You love me like the sun that love us, thy God. Never tired of radiating its bright light. Never tired of valuing life. "

Jana Wang IM Copyright © 2009, WoodMag is Powered by Ipietoon and Coding Modified by adi_tau8605 All rights reserved.