Program "AFFILIATE" adalah program yang boleh menjana pendapatan kepada mereka yang bergiat dalam dunia IM, dan saya percaya sahabat-sahabat di jana wang IM sendiri tahu apa yang dimaksudkan dengan program affiliate? post kali ini saya hendak berkongsikan dengan sahabat-sahabat jana wang IM dan mereka yang berada di luar sana tentang bagaimana program affiliate ini dapat membantu dalam menjana pendapatan kepada mereka yang berusaha.
Salah satu cara untuk meningkatkan hasil jualan produk adalah dengan melakukan aktiviti pemasaran menerusi program affiliate. Sebagai pemilik perniagaan, adalah menjadi satu perkara yang merugikan sekiranya program affiliate tidak ditawarkan kepada pengguna – pengguna internet.
Program affiliate adalah merupakan satu bentuk program yang menawarkan peluang usahasama diantara pemilik produk (pemilik laman web) dan pengguna internet yang lain.
Dengan menawarkan peluang usahasama ini, pengguna internet yang menyukai produk si pemilik berpeluang untuk mempromosikan produk tersebut kepada kenalan - kenalan mereka. Mereka akan dikenali sebagai “agen affiliate” apabila bertindak menyertai program affiliate yang ditawarkan.
Hal ini secara tidak langsung mampu meningkatkan hasil jualan produk kerana mereka iaitu agen affiliate akan bertindak mempromosikan produk tersebut ke serata tempat di internet.
Perkara ini juga mampu meringankan bebanan pemilik produk seperti anda untuk melakukan promosi kerana aktiviti promosi ini akan dilaksanakan oleh agen – agen affiliate. Anda boleh focus dengan kerja – kerja pengurusan produk dan penghantaran produk kepada pelanggan – pelanggan anda.
Untuk membangunkan program affiliate, system affiliate adalah diperlukan. Terdapat 2 kaedah untuk membangunkan program affiliate ini iaitu menerusi:
1. 3rd party Hosted Affiliate System
2. Self-Hosted Affiliate System
Terdapat pro dan kontra untuk kedua – dua kaedah ini. Kebiasaannya apabila kita menggunakan 3rd party hosted affiliate system, kita perlu membayar “yuran” setiap bulan.
Sekiranya kita menggunakan self-hosted affiliate system pula, kebiasaannya kita memerlukan kemahiran teknikal untuk memasangnya ke dalam laman web jualan kita.
Anda diluar sana dan juga sahabat-sahabat jana wang IM mungkin memerlukan penerangan lanjut tentang pemasangan system affiliate ini ke dalam laman web jualan anda. Jadi saya syorkan anda untuk melihat info lanjut di
PROGRAM AFFILIATE
best for u,
p/s: please leave your comment.
p/s: if u like this post, please help me by click my nuffnang ads.
p/s: if u dont see my nuff ads, please refresh and click. really appreciate.
** first my nuffnang ads on header.
** second my nuffnang ads between contents.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
"Selamat Beramal"
No comments:
Post a Comment