Selamat berjumpa semula di Jana Wang IM...
Sebenarnya saya amat malas nak menulis minggu ni:( huhu (p/s: sebenarnya hari-hari yang lain sama juga). Namun nasihat dan cabaran dari seorang Otai IM yang tak nak melihat saya ruangan post saya kosong setiap hari tanpa diisi, dipaksakan juga jari-jemari untuk terus menaip "keyboard" laptop untuk tidak menghampakan sahabat-sahabat Jana Wang IM..:)
Ok, post kali ini saya di Jana Wang IM ingin berkongsikan 3 rahsia kepada sahabat-sahabat Jana Wang IM iaitu bagaimana hendak membuat promosi bagi sesuatu produk?
Post kali ini akan memberitahu sahabat-sahabat Jana Wang IM bagaimana mempromosikan produk anda tanpa perlu menguasai bahasa Inggeris.
Walaupun sahabat-sahabat Jana Wang IM tidak fasih berbahasa Inggeris, anda jangan rasa lemah semangat atau tidak yakin untuk membuat duit di internet. Di dalam dunia IM, walaupun rata-ratanya adalah produk bahasa Inggeris, anda masih boleh mempromosi produk-produk digital di sana, dengan pelbagai cara.
CARA PERTAMA :
Menggunakan ‘review template’ yang sudah disiapkan oleh sesiapa yang anda boleh perolehi dari produk-produk MRR antarabangsa. Dengan template yang sudah siap diletakkan ayat-ayat ‘killer’, anda tidak perlu risau lagi dengan bahasa Inggeris anda yang tunggang langgang.
CARA KEDUA
Ketika anda ingin mempromosi ClickBank kepada list antarabangsa anda, anda jangan takut, kerana saya ada cara yang anda boleh gunakan agar subscribers anda tidak perasan dengan kelemahan bahasa Inggeris anda, malah melihat tiada masalah dengan bahasa anda. Bagaimananya caranya?
Caranya adalah dengan meletakkan ________ ke dalam email yang anda hantar melalui sistem autoresponder anda. Nah, dengan cara ini, mereka akan bertambah hormat dan respect dengan anda, apatah lagi dengan ‘kefasihan’ bahasa Inggeris anda.
KETIGA,
Ketika anda berblog, anda jangan terlalu risau dengan bahasa Inggeris anda. Anda boleh sahaja
cuba menulis walaupun anda mempunyai banyak kesalahan pada kali pertama. Lama kelamaan anda akan belajar bagaimana menulis artikel Inggeris dengan baik.
Tapi jika anda ‘rasa malas’ atau tiada masa, anda boleh letakkan artikel PLR yang boleh didapati di pasaran
luar negara dengan mudah, pada harga yang murah.
Ubah suai sedikit dan letakkan terus ke dalam blog anda. Nah, pelawat tidak akan tahu anda memang lemah bahasa Inggeris.
So, rasanya dengan 2 rahsia cara-cara membuat promosi sesuatu produk ini saya harap sahabat-sahabat Jana Wang IM akan dapat membuat promosi yang berkesan dan dapat keuntungan yang tinggi.:)
Best for u,
p/s: please leave your comment.
p/s: if u like this post, please help me by click my nuffnang ads.
p/s: if u dont see my nuff ads, please refresh and click. really appreciate.
** first my nuffnang ads on header.
** second my nuffnang ads between contents.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
"Selamat Beramal"
No comments:
Post a Comment