Wednesday, October 28, 2009
Adakah anda semua seorang blogger tegar?
Assalamualaikum dan salam hormat kepada semua sahabat-sahabat Jana Wang IM,
Apa khabar hari ini? Harap semuanya sihat dan berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan. Dah lama rasanya tidak menulis..huhu (p/s: kerja di office banyak sangat :(( ). Hehehe...
Post saya kali ini ingin berkongsikan bagaimana bibit-bibit cinta saya bersama Wordpress,blogspot,multipla dan pelbagai lagi platform blogging yang telah saya guna pakai selama ini.
Platform pertama yang saya kenali ialah Wordpress kemudian saya di rujuk kepada multiply oleh rakan IM, iaitu seorang blogger tegar dari singapura yang menggunakan platform multiply. Waktu itu beliau sendiri tidak mempunyai blog Wordpress dan menggunakan Multiply. 2 perkara yang telah didedahkan oleh sahabat blogger tersebut kepada saya iaitu multiply dan juga XsitePro.
Ketika itu Wordpress masih mentah,namun kementahan itulah yang menarik perhatian saya untuk terus mendalami platform tersebut. Demi mendalami platform itu saya perlu mendalami dan menjiwai diri sebagai seorang blogger. Satu term yang agak asing disebut ketika itu, especially bila saya lewat ke kelas kerana sibuk menjiwakan diri sebagai blogger.
Untuk menyemai benih motivasi sebagai seorang blogger ianya tidak cukup dengan membina,menjana trafik dan mendapatkan pendapatan dari blog tersebut. Tidak dapat dinafikan kebanjiran blogger sekarang dimotivasikan dengan nilai ringgit ataupun $$$ (p/s: hehe, saya salah seorang juga) dan paling kurang menyenangkan golongan blogger sebegini datang dari golongan Melayu dan dalam tempoh kurang 2 tahun golongan ini akan lesap kerana tidak mampu menggapai impian mereka. Ya..Buat duit dari blog.
Sejauh mana impian sahabat-sahabat Jana Wang IM semua untuk memiliki blog? Adakah sebagai perkongsian ataupun punca pendapatan. Malahan tidak salah untuk mengimpikan 2 matlamat ini serentak. Namun sejauh mana kah kesanggupan sahabat-sahabat Jana Wang IM semua untuk menerokai dunia blogging jauh lebih dalam? Bagaimanakah peranan sahabat-sahabat Jana Wang IM semua sebagai seorang blogger mampu membantu masyarakat sekeliling?
Oleh yang demikian,tepuklah dada dan tanya selera sahabat-sahabat Jana Wang IM semua. Adakah sahabat-sahabat Jana Wang IM semua betul-betul mampu menjadi seorang blogger tegar? Jika YA..
TAHNIAH!..dan semoga 10 tahun akan datang sahabat-sahabat Jana Wang IM semua kekal sebagai blogger.
Dikesempatan ini, saya mendoakan kepada diri saya dan juga sahabat-sahabat Jana Wang IM semua agar tetap menjadi seorang blogger tegar di 10 tahun akan datang :)
Best for u,
p/s: please leave your comment.
p/s: if u like this post, please help me by click my nuffnang ads.
p/s: if u dont see my nuff ads, please refresh and click. really appreciate.
** first my nuffnang ads on header.
** second my nuffnang ads between contents.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
"Selamat Beramal"
8 comments:
Salam..Adi..10thn lg?Dh tua dh tu wak2 tu..Ehehe..InsyaAllah..hrp kekal berblogging..
ape ye jana wang im tu..isk3..sorry la ketinggalan zaman..
selalu tegar, walau gaji blogger tidak dinaikan oleh pemerintah
haha..same pic la..tp entry ko best skit dr aku..huu
Ieda the Rainbow Princess --> haha, sis jgn kata camtu, bukan tua la sis, tapi semakin berpengalaman gitu :)
yup, kita kekal blogging dan kekal berhubung dalam dunia blog..kuikuikui
Solehah --> hehe, ok, JANA = jana, mendapatkan, mencari.. WANG = duit n IM = Internet Marketing
hehe, jgn kata camtu, bukan ketinggalan zaman, cuma xsedar akan dunia IM :)
RAJA FRESH --> wakakaka..betul tu bro...tapi kita tetap tegar dalam dunia blog juga kan :D
hBz --> wakakaka...jgn kata camtu..malu deh :D kikiki, pic je sama
Post a Comment