Assalamualaikum dan selamat petang sahabat-sahabat Jana Wang IM semua... Sihat? Harap semua sihat la ye...:)
Post petang ni merujuk kepada Program Pay Per Lead yang banyak saya ikuti sepanjang bergiat dalam dunia IM ni.kalau sahabat-sahabat Jana Wang IM perhatikan banner-banner kat blog saya ni, kebanyakkan adalah banner dari program PPL tau..so, klik dan download ya ye:) (p/s: promo cikit kat korang) Sahabat-sahabat Jana Wang IM boleh mendownload secara gratis atau pun percuma terus melalui banner-banner tersebut....
Oklah..kembali pada topik kita...
Mungkin sahabat-sahabat Jana Wang IM sedikit terkejut apabila membaca tajuk post kali ini bukan? Sebenarnya ia bukan gimik semata-mata dari saya, tetapi itulah yang diperkatakan oleh pihak-pihak yang keliru dengan program Pay Per Lead ini atau lebih dikenali dengan PPL. Info ini diberikan oleh otai IM kita saudara En Dlie yang menghantar email kepada saya tadi..
Jadi, saya terpanggil untuk berkongsi dan menjelaskan menjelaskan konsep program PPL ini dan sahabat sahabat Jana Wang IM nilailah sendiri adakah ianya HARAM ataupun sememangnya sah dan HALAL.
sahabat-sahabat Jana Wang IM.. secara asasnya, program PPL ini adalah bertujuan untuk mengumpul nama dan email pelawat yang mendapatkan produk-produk percuma. Bezanya disini, program PPL ini dipromosikan oleh agen yang telah mendaftar melalui sistem PPL tersebut.
Maka dengan itu, pihak penganjur (owner) program PPL secara sukarela memberikan komisyen kepada agen tadi bagi setiap nama dan email yang berdaftar secara sah.
Apa yang dimaksudkan dengan 'berdaftar secara sah'? Maksud yang SEBENAR-BENARNYA ialah :-
Agen membuat promosi dan mengedarkan produk percuma tersebut, dan pelawat klik pada link promosi tadi seterusnya mendaftarkan nama dan email untuk mendapatkan produk percuma itu tadi.
Inilah yang dikatakan 'berdaftar secara sah'.
=============================================
Daripada Sumber Mana Komisyen Itu Diberikan?
=============================================
sahabat-sahabat Jana Wang IM mungkin tertanya-tanya dari mana sumber komisyen tersebut dan apakah keuntungan yang diperolehi oleh pihak penganjur bukan?
Pertama sekali, sumber kewangan pemberian komisyen tersebut adalah dari 'POKET PENGANJUR SENDIRI'.
Kebiasaannya modal ini diperolehi hasil dari keuntungan menjual produk digital seperti ebook dan pihak penganjur menjadikan keuntungan tersebut sebagai modal untuk memberikan komisyen kepada agen yang mempromosikan program PPL dan produk percuma.
Apakah keuntungan yang penganjur dapat?
Apa yang pasti, pihak penganjur tidak menerima keuntungan dari segi wang ringgit, tetapi mereka memperolehi nama dan email pelawat yang merupakan objektif utama meraka menganjurkan program PPL.
Secara jelasnya, program PPL ini adalah menepati konsep 'Win Win Situation' yang mana pihak...
> penganjur mendapat nama dan email pelawat.
> agen memperoleh komisyen.
> pelawat memperoleh produk percuma yang diberikan.
Oleh itu, tidak timbul soal program PPL ini HARAM kerana tidak ada mana-mana pihak yang rugi, tidak ada unsur syubhah mahupun unsur-unsur skim cepat kaya!
Best for u,
p/s: please leave your comment.
p/s: if u like this post, please help me by click my nuffnang ads.
p/s: if u dont see my nuff ads, please refresh and click. really appreciate.
** first my nuffnang ads on header.
** second my nuffnang ads between contents.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
"Selamat Beramal"
No comments:
Post a Comment