Wednesday, October 14, 2009

Kesilapan yang sering dilakukan didalam mengurus kewangan


Assalamualaiku dan selama t pagi buat sahabat-sahabat Jana Wang IM, apa khabar?

Saat aku menulis post ini, dengan hati penuh berat dan malas :( (p/s: im totally down last night until this morning pal...im loser hah) Namun, menggagahkan juga diri untuk menulis post ini..sambil mencari dan mengedit pic buat post kali ini..sebenarnya berkaitan dengan post kali ini, saya men dapat info dari seorang otai IM kita bagaimana menguruskan kewangan kita seharian..

Oklah, sila ikuti post ini dengan lebih lanjut k...
 
Tidakkah sahabat-sahabat Jana Wang IM merasa pelik, bekerja sudah hampir 10 tahun, tetapi wang didalam simpanan masih tiada, kita tertanya-tanya, ke mana pergi wang kita?


Saya jamin, sahabat-sahabat Jana Wang IM mempunyai pengalaman seperti diatas, atau paling tidak pun, anda pernah mendengar keluhan tersebut daripada rakan-rakan, saudara mara dan sebagainya.



Disini saya senaraikan beberapa kesilapan yang selalu dilakukan didalam pengurusan kewangan.
=======================
1. Gagal merancang
=======================
Ini adalah penyebab utama. Masalah ini terjadi diatas sikap kita sendiri. Sering memberi alasan seperti tidak sempat, malas atau dengan pendek katanya, selalu mengambil mudah akan pengurusan kewangan. Mereka lebih suka membiarkan masa menjadi penentu.



Walaupun sahabat-sahabat Jana Wang IM tergolong dalam golongan berpendapatan sederhana, namun, kalau Adi_tau8605 bijak merancang kewangan sahabat-sahabat Jana Wang IM, sahabat-sahabat Jana Wang IM  mampu membina kekayaan.


==================================
2. Berbelanja melebihi kemampuan
==================================
Dengan paparan iklan seeprti media massa dan elektronik yang mempergayakan hidup mewah, pengaruh rakan-rakan sebaya telah mendorong kita berbelanja di luar kemampuan.


Mereka terlampau mengikut peredaran masa seperti mahukan telefon bimbit berjenama terbaru, fesyen pakain terkini dan sebagainya, telah membuatkan kering setiap hujung bulan akibat sikap berbelanja secara boros yang diamalkan. 


=====================================
3. Berbelanja menggunakan kad kredit
=====================================
Kad kredit adalah satu kemudahan, tetapi ramai tersilap dalam penggunaanya dan menganggap ia adalah alat untuk berbelanja lebih.


Tabiat beli dahulu bayar kemudian dirasakan satu trend pada waktu ini. Namun, realitinya, ramai yang sudah muflis akibat pengggunaan kad kredit dengan cara tidak betul.


=====================================
4. Tidak menabung untuk hari tua
=====================================
Ramai diantara kita ingin bersara awal, namun perkara yang perlu diberi keutamaan sekiranya ingin bersara awal ialah, kita mesti memastikan mempunyai wang mencukupi untuk menampung kehidupan selepas bersara.
Malangnya, masih ramai, terutama yang hampir bersara masih bergelut mencapai jumlah simpanan yang diperlukan.


Sepatunya, apabila gaji kita naik, simpanan juga turut naik, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya, gaji naik, perbelanjaan semakin bertambah disebabkan beli kereta baru dan rumah baru.


======================================
5.Tidak menabung untuk kecemasan
======================================
Sesetengah orang menganggap, membeli insuran membazirkan wang. Tetapi, tahukah sahabat-sahabat Jana Wang IM tanpa insuran, kedudukan kewangan kita akan tergugat terutama sekali jika kita hilang pendapatan/pekerjaan.


Bertambah malang sekiranya orang yang hilang pendapatan/pekerjaan tersebut merupakan ketua keluarga, pencari nafkah. Tanpa insuran atau wang simpanan, seluruh keluarga akan merana dan ketika itu juga agak terlambat untuk memikirkan bagaimana ingin mencari sumber pendapatan yang lain dengan segera.



Best for u,







p/s: please leave your comment.
p/s: if u like this post, please help me by click my nuffnang ads.
p/s: if u dont see my nuff ads, please refresh and click. really appreciate.
** first my nuffnang ads on header.
** second my nuffnang ads between contents.


janawangIM.blogspot.com Button



No comments:

"Selamat Beramal"

 
"Kepercayaan yang diberikan diperlekehkan, apa lagi untuk dipersenda-sendakan. Kepercayaan yang diberi bererti kita telah memegang satu panji-panji yang mesti kita tegakkan dengan sedaya upaya kita. "
"cukuplah bila aku merasa mulia kerana Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berikanlah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai"

~Mencari Keredhaan Ilahi~

Jumlah Pelawat Setakat Hari Ini:
Web Site Hit Counters
" You love me like flowers that love God's words. Never tired of spreading their aroma of happiness. Never tired of calming down thier worries. You love me like the sun that love us, thy God. Never tired of radiating its bright light. Never tired of valuing life. "

Jana Wang IM Copyright © 2009, WoodMag is Powered by Ipietoon and Coding Modified by adi_tau8605 All rights reserved.