Wednesday, October 14, 2009

teknik GANDA keuntungan daripada kwsp


Salam sahabat-sahabat Jana Wang IM semua,

Post kali ni cuma nak kongsi teknik GANDA keuntungan daripada kwsp yang diajar oleh saudara http://jutawanautomatik.com">Mohd Nizam....Post ini saya sasarkan kepada sahabat-sahabat Jana Wang IM khusus kepada yang berkerje dengan GOV.

Seperti yang sedia maklum, bagi yang bekerja pasti mempunyai simpanan KWSP, yang tujuan utamanya adalah untuk simpanan hari tua nanti.

Masalahnya, apabila ekonomi gawat, pulangan dividen juga menjunam...

2005 - 5.0%
2006 - 5.15%
2007 - 5.8%
2008 - 4.5%

Disini saya akan kongsi cara terbaik untuk kita gandakan keuntungan kwsp:

sahabat-sahabat Jana Wang IM tentu tahu simpanan KWSP sahabat-sahabat Jana Wang IM sekalian tidak boleh dikeluarkan, melainkan untuk tujuan tertentu. Jadi, mungkin pendapat saya ini boleh membantu sahabat-sahabat Jana Wang IM menguruskan kewangan anda dengan lebih baik.

"Akaun 1 KWSP"

sahabat-sahabat Jana Wang IM boleh laburkan sebahagian wang KWSP dari Akaun 1 ke dalam pasaran amanah saham yang diiktiraf. Ramai orang bila sebut amanah saham, semua fikir  satu benda - TAKUT RUGI. Sebenarnya, amanah saham ini ada pelbagai jenis dana. Ada yang aggresive (pulangan tinggi/risiko tinggi), balanced (pulangan seimbang/risiko sederhana) dan konservatif (pulangan rendah/risiko rendah).

Jika sahabat-sahabat Jana Wang IM ini tidak sanggup hadapi risiko kerugian (spt modal berkurangan), maka nasihat saya pilihlah dana yang konservatif. Pulangan insya-Allah, boleh dapat hampir setiap tahun kerana kebanyakan pelaburan dibuat kepada pasaran bon.

"Akaun 2 KWSP"

Jika sahabat-sahabat Jana Wang IM mempunyai pinjaman rumah, gunakan Akaun 2 untuk mengurangkan baki pinjaman rumah sahabat-sahabat Jana Wang IM. Ini kerana, interest pinjaman rumah adalah sekitar 7%-8%, manakala dividen KWSP hanyalah 4.5%.

Lebih baik anda kurangkan baki pinjaman, dapat jimat interest 7-8% dan akan memendekkan tempoh pinjaman serta mengurangkan jumlah interest yang perlu ditanggung secara keseluruhan.

Pengeluaran kedua KWSP untuk pinjaman rumah boleh dibuat setiap 3 tahun dari pengeluaran pertama. Hanya terhad untuk rumah pertama sahaja.

Bagi mereka yang mempunyai anak di IPT, gunakan Akaun 2 KWSP sahabat-sahabat Jana Wang IM supaya sahabat-sahabat Jana Wang IM mengurangkan jumlah pinjaman pelajaran yang perlu dibuat. Ada orang yang membuat pinjaman peribadi di bank tertentu untuk pendidikan anak.

Sesuatu yang sahabat-sahabat Jana Wang IM perlu tahu, jika pinjaman peribadi itu dikira secara fixed-interest 7.55% setahun, interest sebenar yang dikenakan BUKAN 7.55%, sebaliknya hampir 13% setahun. Ini kerana kadar interest sebenar dibuat mengikut kadar APR (Annual Percentage Rate). Jadi, daripada menanggung hutang pada kadar 13% setahun, adalah lebih baik anda gunakan simpanan KWSP yang cuma beri 4.25% untuk kos pendidikan anak sahabat-sahabat Jana Wang IM.

Harap tips ini dapat menolong sahabat-sahabat Jana Wang IM semua ;)

Best for u,

p/s: please leave your comment.
p/s: if u like this post, please help me by click my nuffnang ads.
p/s: if u dont see my nuff ads, please refresh and click. really appreciate.
** first my nuffnang ads on header.
** second my nuffnang ads between contents.

janawangIM.blogspot.com Button



No comments:

"Selamat Beramal"

 
"Kepercayaan yang diberikan diperlekehkan, apa lagi untuk dipersenda-sendakan. Kepercayaan yang diberi bererti kita telah memegang satu panji-panji yang mesti kita tegakkan dengan sedaya upaya kita. "
"cukuplah bila aku merasa mulia kerana Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berikanlah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai"

~Mencari Keredhaan Ilahi~

Jumlah Pelawat Setakat Hari Ini:
Web Site Hit Counters
" You love me like flowers that love God's words. Never tired of spreading their aroma of happiness. Never tired of calming down thier worries. You love me like the sun that love us, thy God. Never tired of radiating its bright light. Never tired of valuing life. "

Jana Wang IM Copyright © 2009, WoodMag is Powered by Ipietoon and Coding Modified by adi_tau8605 All rights reserved.