KUALA LUMPUR: Tiada kematian disebabkan Influenza A (H1N1) dicatatkan bagi tempoh hampir sebulan menjadikan jumlahnya kekal pada 77 orang.
Namun, seramai 136 pesakit baru dengan gejala seakan selesema dimasukkan ke hospital untuk rawatan.
Jumlah itu menjadikan seramai 604 kes dirawat di 67 hospital termasuk lima hospital swasta. Bagaimanapun, hanya empat peratus saja daripada jumlah berkenaan disahkan sebagai H1N1.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Ismail Merican berkata, kebanyakan kes pesakit H1N1 yang dirawat di unit rawatan rapi adalah dalam kumpulan berisiko iaitu wanita hamil dan selepas pantang, obes, penghidap penyakit kronik dan kanak-kanak di bawah usia lima tahun.
Bagaimanapun, walaupun jumlah penurunan kes yang makin ketara terutama di negara Hemisfera Selatan, Australia, New Zealand dan Chile, penularan wabak ini di peringkat global masih aktif terutama di negara Hemisfera Utara seperti Amerika Utara, Eropah dan Jepun.
"Di Asia, penularan H1N1 masih kekal dengan kadar jangkitan berbeza-beza mengikut negara," katanya.
Ismail berkata, kerajaan tidak menghalang rakyat Malaysia mengerjakan ibadat haji namun bakal jemaah diingatkan untuk sentiasa menjaga kebersihan dan kesihatan diri ketika berada di tanah suci kerana mereka berisiko tinggi untuk dijangkiti influenza.
Jelasnya, sebagai pencegahan, jemaah diwajibkan mendapat suntikan vaksin selesema bermusim dan vaksin meningokokal yang sah, selewat-lewatnya dua minggu sebelum mendapatkan visa.
Oleh Hafizah Iszahanid
sumber Bharian
Best for u,
p/s: please leave your comment.
p/s: if u like this post, please help me by click my nuffnang ads.
p/s: if u dont see my nuff ads, please refresh and click. really appreciate.
** first my nuffnang ads on header.
** second my nuffnang ads between contents.
2 comments:
bersyukur kalau sudah tiada korban. negara kita kecil rakyat tak banyak tapi korban H1N1 mengalahkan negara besar.
Seri Bahasa --> thanks seri...em, betul tu. Sebuah negara yg kecil tetapi kita jumlah korban H1N1 negara kita amatlah tinggi...xpalah, jadikan ini sebagai satu pedoman untuk kita k.
Happy blogging..
Post a Comment