Wednesday, September 16, 2009

Kisah Pak Udin



Post kali ini mungkin tiada kaitan langsung dengan bisnes internet. Saya terbaca post ini dalam blog Sifu Blog IM dan saya kira ada baiknya untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat janawangIM. Banyak pengajaran yang dapat kita belajar bersama dengan cerita ni terutamanya bagaimana nak berusaha untuk terus maju tanpa ada sikit pun rasa untuk mengalah dengan cabaran yang mendatang. Seperti yang dikatakan oleh Sifu Blog IM kita iaitu, "sebuah kereta yang tiada minyak, mana kan mungkin untuk bergerak beratus kilometer".

Melalui pemahaman saya melalui kenyataan diatas ialah, anda tidak akan mampu pergi jauh di dalam apa-apa bidang andai kata anda tiada “minyak”.

Minyak yang saya rujuk di sini ialah bermaksud, ilmu dan motivasi.

Post pada kali ini, lebih kepada cerita motivasi yang bagi manusia yang berakal, kita seharusnya dapat mengambil pengajaran dan cuba mengaitkan dengan peribadi.

Selamat membaca.

Penjual buku jalanan

(dipetik daripada Utusan )

GAYANYA seperti seorang pensyarah berjalan mundar-mandir sambil mengelek buku-buku tebal di kawasan sekitar Senin, Jakarta.

Kadangkala dia mempercepatkan langkahnya dan terus melulu ke dalam kedai-kedai buku. Sesekali dia menyapa orang yang lalu lalang.

Itulah Jalaludin Zainudin, 67, atau lebih mesra dengan panggilan Pak Udin. Dia bukan ulat buku, dia bukan pensyarah dan bukan juga penuntut universiti, tetapi dia ialah penjual buku jalanan.

Sejak kira-kira 20 tahun lalu, itulah pekerjaan yang dilakukan bagi mencari rezeki halal untuk keluarganya.

Menurut Pak Udin, idea untuk menjadi penjual buku jalanan 20 tahun lalu apabila dia tidak mempunyai pekerjaan, sedangkan anak-anak kelaparan.

Lalu dia mengambil sebuah buku dari kedai buku dan cuba menjualnya kepada orang ramai yang lalu lalang di kawasan berkenaan.

“Sekali buku itu laku, saya ambil sebuah lagi dan juga dengan segera dapat dijual,” katanya menceritakan bagaimana kerjaya penjual buku jalanannya bermula.
Selepas itu dia terus meningkatkan usaha dan lebih banyak buku dijual dan keuntungan diperolehi adalah dari komisen yang diberikan oleh kedai buku. Sehari dia mampu mengumpul pendapatan sehingga Rp500,000.

Menyekolahkan

Dengan duit menjual buku itu dapatlah dia menyekolahkan empat orang anaknya dan juga membeli rumah untuk dia sekeluarga berteduh.

Dengan berjimat cermat dia tidak menghadapi masalah untuk melangsaikan bayaran bulanan rumahnya.

Menurut Pak Udin, apabila perkhidmatannya menjadi popular lebih ramai pelanggan yang datang sehingga dia tidak cukup tangan melayan mereka.

Kini jumlah penjual buku jalanan semakin ramai, apatah lagi ramai yang menganggur kerana dibuang kerja dek kegawatan ekonomi juga memilih kerjaya itu. Pesaingan sangat kuat dan bagi Pak Udin dia kini tidak lagi mampu bekerja keras seperti dahulu kerana faktor usia yang agak lanjut.

Selain itu kegawatan ekonomi juga menyebabkan orang ramai kurang membeli buku dan pendapatannya kini semakin merosot.

“Sekarang kalau dapar Rp50,000 sehari pun sudah dikira cukup bertuah,” katanya. Kini Pak Udin juga lebih banyak menjual buku-buku agama Islam kerana bersesuaian usianya.

Bagaimanapun seperti 20 tahun lalu, Pak Udin akan berada di kawasan Senin seawal pukul 7 pagi dan pulang ke rumahnya menaiki keretapi kira-kira pukul 7 malam. Menurut Pak Udin, perkhidmatan yang ditawarkannya memudahkan orang ramai yang mencari buku terutama buku sekolah.

Pak Udin berkata, bayaran yang dikenakan sangat minimum berdasarkan sukarnya sesebuah buku dicari. Kini penjual buku jalanan seusianya semakin kurang dan yang membanjiri kawasan itu terdiri daripada penjual buku jalanan yang berusia muda.

Walaupun usianya telah meningkat dan pendapatan semakin merosot Pak Udin tetap menyimpan hasrat suatu hari nanti setelah melangsaikan hutang rumahnya dia mahu membuka kedai bukunya sendiri.

————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————

Kali pertama saya baca kisah ini, saya terfikirkan, 2 pengajaran yang saya boleh ambil.

Kreativiti dan kecekalan.

Kreativiti

Pak Udin kreatif. Jika anda pernah ke Indonesia, anda akan merasakan bahawa andalah manusia paling bertuah di muka bumi.

Hidup mereka memang sangat-sangat sukar. Tapi dengan kesukaran begitulah, lahir manusia-manusia yang hebat seperti Hamka, Soekarno dan Barrack Obama (erk, dia lahir kat Indonesia kan ??)

Kecekalan

Sikap yang sudah semakin pupus dalam generasi masyarakat Malaysia hari ini. Asal diuji sikit, sudah goyang.

Bayangkan, apa akan jadi pada anak-anak Pak Udin andai dia awal-awal lagi sudah mengadu penat, tak berbaloi. Jika tidak silap saya, 500 ribu rupiah ialah kurang daripada RM25. Penat ke sana, ke sini. Dapat RM25 sehari je.


PS : apa pula pengajaran yang anda dapat ???
XXXXXXXX

best for u,




p/s: please leave your comment.
p/s: if u like this post, please help me by click my nuffnang ads.
p/s: if u dont see my nuff ads, please refresh and click. really appreciate.
** first my nuffnang ads on header.
** second my nuffnang ads between contents.


janawangIM.blogspot.com Button

No comments:

"Selamat Beramal"

 
"Kepercayaan yang diberikan diperlekehkan, apa lagi untuk dipersenda-sendakan. Kepercayaan yang diberi bererti kita telah memegang satu panji-panji yang mesti kita tegakkan dengan sedaya upaya kita. "
"cukuplah bila aku merasa mulia kerana Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berikanlah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai"

~Mencari Keredhaan Ilahi~

Jumlah Pelawat Setakat Hari Ini:
Web Site Hit Counters
" You love me like flowers that love God's words. Never tired of spreading their aroma of happiness. Never tired of calming down thier worries. You love me like the sun that love us, thy God. Never tired of radiating its bright light. Never tired of valuing life. "

Jana Wang IM Copyright © 2009, WoodMag is Powered by Ipietoon and Coding Modified by adi_tau8605 All rights reserved.