Wednesday, September 16, 2009

Jenis-jenis pendapatan




Pada kali ini,janawanIM ingin mengupas tentang jenis-jenis pendapatan yang sahabat-sahabat janawangIM boleh perolehi di dalam perniagaan atau pekerjaan anda, dan kita lihat pendapatan yang bagaimanakah patut kita perolehi.

Terdapat tiga (3) jenis aliran pendapatan yang boleh diklasifikasikan seperti di bawah.

1. Buat Sekali – Dibayar sekali

Jika para sahabat janawangIM laksanakan kerja, jualan atau melaksanakan sesuatu kontrak sekali sahaja, dan para sahabat janawangIM juga akan dibayar sekali sahaja dan pendapatan anda akan berakhir di situ sahaja.

2. Berterusan Bekerja – Berterusan Dibayar

Jika anda buat kerja pejabat dari pukul 9 ke 5, anda akan berterusan dibayar selagi anda berterusan bekerja dengan majikan anda – dan ini biasanya dipanggil pendapatan berterusan. Ini adalah jenis pendapatan yang "dinikmati" oleh golongan pekerja. Walaupun anda seorang pakar bedah otak, peguam atau jurutera, anda cuma akan dibayar selagi anda berterusan bekerja. Jikaanda berhenti bekerja baki akaun bank simpanan anda akan mula berkurangan.

3. Buat Sekali Dengan Betul – Dibayar Berulang-Ulang Kali

Jenis pendapatan yang ketiga ialah pendapatan berulang di mana anda akan dibayar walaunpun anda sudah berhenti bekerja. Sebagai contoh, jika anda menulis buku,anda akan dibayar melalui pendapatan royalti selagi buku anda itu berjaya dijual untuk kerja yang cuma dilakukan sekali.

Kebanyakan daripada orang yang kaya dan hidup mewah mencipta kekayaan dari satu bentuk aliran pendapatan berulang. Ambil penyanyi Michael Jackson sebagai contoh.Beliau masih menerima royalti hasil daripada penjualan album yang beliau buat berdekad yang lalu. Beliau juga boleh mempakejkan semula lagu-lagu lama beliau dan menjualnya untuk menjana pendapatan baru. Beliau tidak perlu menghabiskan masa di studio untuk menghasilkan lagu-lagu baru untuk mendapatkan aliran tunai yang berterusan!

Ianya tidak memerlukan seorang genius untuk mengenalpasti apakah jenis pendapatan yang seseorang itu inginkan. Pendapatan Berulang (recurring income/residual income/royalty income) adalah situasi yang paling ideal antara ketiga-tiga situasi di atas. Kita semua ingin bekerja sekali dan dibayar berulang-ulang kali. Itulah kuasa pendapatan berulang-ulang!

Majoriti golongan profesional yang menikmati pendapatan seperti ini ialah mereka yang terlibat dalam bidang kreatif seperti pelakon, penulis, penyanyi dan pelabur.

Malangnya, tak ramai daripada kita yang dianugerahkan dengan bakat seperti Michael Jackson, apatah lagi peluang untuk berkecimpung dalam industri yang mewah ini. Bagaimanapun, ada satu peluang yang meningkat naik untuk orang-orang biasa seperti kita untuk menikmati pendapatan berulang dalam abad ke 21 ini.

Betul tekaan anda:

ianya tak lain dan tak bukan ialah Pemasaran Bertingkat, Pemasaran Rangkaian atau Multi-Level Marketing (MLM).

Untuk rujukan lebih lanjut sahabat-sahabat janawangIM boleh klik link di bawah:

============================
Multi-Level Marketing (MLM)
============================

best for u,




p/s: please leave your comment.
p/s: if u like this post, please help me by click my nuffnang ads.
p/s: if u dont see my nuff ads, please refresh and click. really appreciate.
** first my nuffnang ads on header.
** second my nuffnang ads between contents.


janawangIM.blogspot.com Button

No comments:

"Selamat Beramal"

 
"Kepercayaan yang diberikan diperlekehkan, apa lagi untuk dipersenda-sendakan. Kepercayaan yang diberi bererti kita telah memegang satu panji-panji yang mesti kita tegakkan dengan sedaya upaya kita. "
"cukuplah bila aku merasa mulia kerana Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berikanlah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai"

~Mencari Keredhaan Ilahi~

Jumlah Pelawat Setakat Hari Ini:
Web Site Hit Counters
" You love me like flowers that love God's words. Never tired of spreading their aroma of happiness. Never tired of calming down thier worries. You love me like the sun that love us, thy God. Never tired of radiating its bright light. Never tired of valuing life. "

Jana Wang IM Copyright © 2009, WoodMag is Powered by Ipietoon and Coding Modified by adi_tau8605 All rights reserved.