Wednesday, September 16, 2009

rahsia bagaimana RM100 menjadi RM979,307!


Sahabat janawangIM,

Hari ini janawangIM ingin berkongsi satu rahsia orang-orang kaya yang mungkin anda sudah tahu tetapi tidak begitu mengambil kisah daripadanya.

Jadi sebelum para sahabat janawangIM mengigit pada jari 20-30 tahun akan datang, sudah sampai masanya untuk kita mengikut jejak langkah jutawan-jutawan yang ada bermula hari ini.

Apakah rahsia tersebut?

Hampir semua jutawan tahu bagaimana mereka mengandakan wang mereka tanpa perlu berpeluh...iaitu melalui SIMPANAN!

Simpanan bermaksud para sahabat janawanfIM perlu menyimpan wang diinstitusi kewangan yang memberikan pulangan setiap bulan atau tahun! Ianya nampak biasa tetapi berapa ramai antara kita yang menyimpan wang secara tetap setiap bulan?? ;( inilah yang saya cuba praktikkan dan saya di janawangIM juga nak para sahabat janawangIM turut sama melakukannya.

Tahukah para sahabat janawangIM, masa merupakan musuh utama kerana ianya bakal menentukan samada anda mampu bergelar jutawan atau tidak.

Katakan para sahabat janawangIM berumur 25 tahun sekarang(saya 23:)),dan sahabat-sahabat janawangIM mahukan RM100,000 dibank ketika para sahabat janawangIM bersara kelak. Jika anda bermula menyimpan hari ini dengan hanya RM10.22 sebulan (hanya 33 sen sehari!) dengan kadar faedah 12 peratus,anda telah mempunyai RM100,000 dibank ketika anda berumur 65 tahun!

Tetapi jika sahabat-sabahat janawangIM leka dan telah berumur 55 tahun, anda perlu menyimpan RM447 sebulan untuk dapatkan RM100,000 ketika mencapai 65 tahun!

Ini bermakna para sahabat janawangIM terpaksa menyimpan 43 kali banyaknya disebabkan anda terlewat! Dan ini tentunya akan membuka mata anda:

Jika anda menyimpan RM100 sebulan dengan kadar faedah 12 peratus setahun(kadar ASB 8 hingga 10%):

- Mula menyimpan ketika berumur 25 tahun:
Anda menjana RM979,307 ketika 65 tahun!(Hampir SEJUTA RINGGIT dibank!)

- Mula menyimpan ketika berumur 26 tahun:
Anda menjana RM873,241 ketika 65 tahun!(Anda rugi RM106,066!)

- Mula menyimpan ketika berumur 30 tahun:
Anda menjana RM551,083 ketika 65 tahun!(Anda rugi RM428,224!)

Jadi, tidak kira berapa umur anda sekarang,inilah masanya anda mula menyelitkan sedikit wang setiap bulan untuk simpanan dan menjejak langkah jutawan automatik!

Saya telah tunjukkan kepada anda bagaimana dengan hanya menyimpan RM100 sebulan, ianya mampu meledak sehingga RM979,307!

Jumpa lagi dengan rahsia kekayaan yang lain.

best for u,




p/s: please leave your comment.
p/s: if u like this post, please help me by click my nuffnang ads.
p/s: if u dont see my nuff ads, please refresh and click. really appreciate.
** first my nuffnang ads on header.
** second my nuffnang ads between contents.


janawangIM.blogspot.com Button

No comments:

"Selamat Beramal"

 
"Kepercayaan yang diberikan diperlekehkan, apa lagi untuk dipersenda-sendakan. Kepercayaan yang diberi bererti kita telah memegang satu panji-panji yang mesti kita tegakkan dengan sedaya upaya kita. "
"cukuplah bila aku merasa mulia kerana Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berikanlah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai"

~Mencari Keredhaan Ilahi~

Jumlah Pelawat Setakat Hari Ini:
Web Site Hit Counters
" You love me like flowers that love God's words. Never tired of spreading their aroma of happiness. Never tired of calming down thier worries. You love me like the sun that love us, thy God. Never tired of radiating its bright light. Never tired of valuing life. "

Jana Wang IM Copyright © 2009, WoodMag is Powered by Ipietoon and Coding Modified by adi_tau8605 All rights reserved.