Wednesday, October 07, 2009

Boleh Jadi Usahawan Ke Aku Ni?



Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat-sahabat Jana Wang IM,

Hari ini saya di Jana Wang IM nak berkongsi satu cerita menarik dengan sahabat-sahabat Jana Wang IM semua. Rasanya da lama saya menulis dan membuat sebarang post kat blog ni.. Kessibukan membuatkan diriku MALAS. :( so bad hah?

Oklah...

Fakta menarik, menurut Larry C. Farrel, seorang penulis buku berkaitan keusahawanan, 70% manusia berhasrat menjadi usahawan,  hanya 15% akan meneruskan niatnya dan hanya 5% akan berjaya. Cuba sahabat-sahabat Jana Wang IM semua lihat, cuma 5% sahaja akan berjaya. Jadi, kita dalam kategori yang mana tu?

Dalam buku Menjadi Jutawan MLM ada ditulis bahawa MLM mengajar ahlinya mengenali sepak terajang dalam perniagaan. Ha, betapa ganasnya MLM yang sebenar. Tetapi bila kita dah melalui yang ganas, kita jadi lebih kuat dan tabah dan lagi cemerlang. Paling penting dalam MLM, bagaimana nak menjual diri, kemahiran, servis dan produk kepada orang ramai yang macam-macam ragamnya di luar sana. Kalau tak kena caranya, akan give up, malas nak teruskan berniaga, merajuk, menangis, penat dan patah semangat.

Jangan begitu sahabat-sahabat Jana Wang IM. Kalau bukan payah, kurang tidur, kurang rehat, kurang bersama keluarga, tak ada cuti, susah, kena marah, kena kutuk, bukan bisnes tulen namanya. Kajian menunjukkan MLM adalah perniagaan yang paling kurang risiko, mudah dan basic (asas) tetapi mampu memberikan pulangan lumayan. Jika anda mampu lakukan bisnes yang basic (asas), insyaallah saya percaya sahabat-sahabat Jana Wang IM semua boleh jalankan yang advance (perniagaan konvensional yang lebih mencabar di luar sana).

Sahabat-sahabat Jana Wang IM semua,

Jadi, cuba test diri anda dalam MLM! Bagi masa kepada diri sahabat-sahabat 2 tahun (bukan 2 bulan, bukan 9 bulan) tetapi DUA TAHUN  sekurang-kurangnya untuk buat MLM. Ingat, 2 tahun yang dirancang,
lakukan sepenuh jiwa dan raga dan rajin 200%. Bukan 2 tahun yang malas-malas dan banyak ‘alah-alah’ dalam MLM. Itu maknanya kitadah merancang untuk gagal kata Dr. HM Tuah. Selepas 2 tahun yang penuh pengalaman dan cabaran tadi, barulah anda ceburi bidang keusahawanan yang lebih advance (mencabar) di luar sana jika mahu menjadikan ‘usahawan’ sebagai kerjaya seumur hidup.

Malahan berkemungkinan besar anda akan kekal menjalankan MLM yang telah memberikan anda banyak KELEBIHAN tu seumur hidup. Ingat, jangan kerja main celup-celup kaki (buat sikit-sikit lepas tu tinggalkannya, rugilah kalau buat macam ni kawan-kawan) tetapi buatlah kerja dengan penuh fokus dan iltizam.


Best for you,




p/s: please leave your comment.
p/s: if u like this post, please help me by click my nuffnang ads.
p/s: if u dont see my nuff ads, please refresh and click. really appreciate.
** first my nuffnang ads on header.
** second my nuffnang ads between contents.

janawangIM.blogspot.com Button



No comments:

"Selamat Beramal"

 
"Kepercayaan yang diberikan diperlekehkan, apa lagi untuk dipersenda-sendakan. Kepercayaan yang diberi bererti kita telah memegang satu panji-panji yang mesti kita tegakkan dengan sedaya upaya kita. "
"cukuplah bila aku merasa mulia kerana Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berikanlah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai"

~Mencari Keredhaan Ilahi~

Jumlah Pelawat Setakat Hari Ini:
Web Site Hit Counters
" You love me like flowers that love God's words. Never tired of spreading their aroma of happiness. Never tired of calming down thier worries. You love me like the sun that love us, thy God. Never tired of radiating its bright light. Never tired of valuing life. "

Jana Wang IM Copyright © 2009, WoodMag is Powered by Ipietoon and Coding Modified by adi_tau8605 All rights reserved.